Sentiasa dihati anda
Salam buat anda semua.
Barangkali mungkin ini adalah coretan yang terakhir daripada saya menerusi blog wordpress, kemungkinan yang akan menjadi kenyataan memandangkan saya dalam proses menyiapkan blog menggunakan blogspot sebagai medium perantaraan. Sebenarnya saya agak kasihan untuk meninggalkan laman ini yang menjadi tempat saya membuang segala macam kejemuan yang bertandang dihati, walaupun adakalanya apa yang saya tulis itu tidak saya ‘ humbankan’ terus keluar ( sekadar diperam sebagai draf ) tetapi sudah cukup untuk mengembirakan hati saya. Ini sudah cukup menjadi nostalgia bagi diri saya.
Terasa sayang untuk saya menutup blog ini tetapi kesukaran untuk saya memindahkan segala entri yang ada disini ke ‘rumah baru’ menimbulkan masalah buat saya. Kerna itu daripada membiarkan rumah lama ini terus – terusan terbiar dan tidak terurus, saya akan kambus dan lupuskan daripada dunia maya ini. Namun jika ada diantara anda yang sudi membantu untuk memindahkan segala entri yang ada ke rumah baru apa salahnya untuk membantu. Setidak – tidaknya rumah baru nanti tidaklah kosong disana sini.
Kepada yang telah pun melawat, terima kasih saya ucapkan. Blog baru saya http://budakpasoh3.blogspot.com walaupun belum lengkap sepenuhnya, setidak – tidaknya akan terus mengaktifkan saya untuk menulis atau mengarang sesuatu yang berfaedah. Selain tujuan kewujudanya untuk mengumpulkan anak – anak peneroka felda pasoh 3 terutamanya ( budak pasoh lain pun boleh ) saya juga sebenarnya sedang berusaha untuk mencari rakan – rakan pelajar ketika bersekolah di Sek Men Ren ( F ) Pasoh 2 ketika itu (SMKP2 nama terkini ) dan juga rakan – rakan pelajar di Sek Men Batu Kikir – 1991 – 1992 .
Akhir kalam, yang sudi mendengarkan radio on line serifm dengan tag linenya sentiasa dihati anda, terima kasih saya ucapkan. Pastikan anda terhibur bersama kami dan jangan lupa bersama saya setiap hari jumaat jam 9 malam menerusi segmen retro rock. Segmen yang pastinya begitu nostalgik bagi diri kita. Sampai ketemu lagi.
Wassalam
di April 11, 2010 di 2:46 pm
salam….macam mana saya nak dapatkan semua lagu lagu dari koleksi anda nyanyian rina rahman
di April 11, 2010 di 2:48 pm
terutamanya lagu dari album ada kesedihan diwajahmu seperti diasko jenaka, wartawan hiburan, doaku untukmu ayah dan ku puja suaramu
please help…….boleh ke emailkan lagu tu