Den punyo blog


saya budak baru belajar

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 12, 2008

salam sejahtera buat anda semua. saya sebenarnya masih terkial – kial lagi dalam dunia tanpa sempadan ni. banyak yang perlu saya belajar, jadi jika ada sebarang kekurangan harap dimaafkan. sekadar untuk percubaan sahaja, maka coretan terbiar ini akan mengisi laman blog saya barangkali buat sebulan dua atau dalam kata yang sebenarnya sehinggalah saya tahu atau separuh mahir dalam membina laman blog yang boleh menyebabkan orang kena sawan, kancing gigi atau histeria bila menjelajah blog saya nanti. bak kat pakcik nasron sehingga saya boleh masuk isa ler gamaknya.

Dalam keghairahan kita mencipta yang serba baru atau yang mencengkam kalbu, jangan lah kita lupa sama sekali tentang bulan ( ceh! mcm tajuk wayang plak ) yang mempunyai nostalgia dan ke romantikkan nya yang tersendiri. Encik – encik dan puan – puan yang saya hormati, semoga kehadiran ogos tahun nie akan terus memerdekaan kita semua daripada semua anasir jahat lagi kejam ya amat, cucukkan yang boleh mengganggu gugat keharmonian kita sehingga kita diperkotak katik kan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Takkan tak boleh sedar dengan sendiri. Takkan itu pun saya nak kejutkan jugak. Malas ler camni.

Jadi kepada anda yang bangga menjadi warganegara malaysia yang indah, permai dan mendamaikan ini. meh leh kita sama – sama menghayati kemerdekaan negara kita yang tercintai ini. Kot belum ada bendera kat rumah tu gi ler beli. Takkan bendera pun nak percuma. Tak romantik ler camtu.

ok. Sampai jumpa lagi. jaga diri anda baik baik dan jangan nakal nakal.

wassalam.

Warisan – Sudirman

Satu Respons to 'saya budak baru belajar'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'saya budak baru belajar'.


  1. wow… tahniah… tahniah! blogger baru yang bakal meletop telah lahir!

    err… sewius ker pilih banana split jadi theme? tulisan dia kecik sangat laaa. sakit mata pakcik. kau cek la theme2 yg lain. ada banyak theme2 lain yg cun melecun. at least yg tulisan dia tak cinonit sangat.

    nanti pakcik iklan kan awak punya blog ni. biar heboh satu malaya!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: