Den punyo blog


Saya anak Malaysia… Merdeka! Merdeka!Merdeka!

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 13, 2008

Ogos datang lagi. Bulan yang akan memeriahkan malaysia ke seluruh pelusuk dunia. Harap – harap orang kat dunia ni tahu kat mana letaknya malaysia. Kalau nak bercakap pasal bulan ogos ni 3 – 4 hari pun tak cukup tapi marilah encik – encik dan puan – puan, kita sama – sama bercerita pasal bulan yang cukup penting bagi negara kita. Apa?! Encik Mat lahir pada bulan ogos. Selamat hari lahir buat encik yang budiman. Semoga allah s.w.t akan memurahkan rezeki encik. Puan maimon pun sambut hari lahir bulan ogos jugak. Oklah, saya dengan besar hatinya dan tanpa ragu – ragu serta prejudis ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir buat semua puan – puan yang menyambutnya pada bulan ini.

Dimalaysia Ogos memang dinantikan oleh semua orang. Maka lahirlah sambutan bulan kemerdekaan. Siapa kat sini yang tak gheti – gheti lagi tarikh kemerdekaan negara kita. kalau tak gheti esok gi pejabat pendaftaran, tanpa was – was sila ler tukar kerakyatan tu. Bagi kebanyakan orang pula bulan ogos nie masa yang ditunggu tunggu untuk dapatkan bendera, pelekat ( segala macam yang berkaitan dengan merdeka) percuma. Betul bang, tak tipu punya. Termasuk ler saya sendiri. Pada hemat saya tahun ni lagi ramai umat yang akan cuba dapatkan bendera subsidi. Termasuklah saya sendiri. Kalau le tiang bendera tu boleh diminta, dah lama saya mintak sekali. Bulan ogos jugak akan lahirlah pelbagai peraduan yang dianjurkan oleh pelbagai syarikat baik yang besar mahupun syarikat yang baru mula nak bertatih. Hadiahnya… mak oii, unta padang pasir pun boleh terkejut. Kalau abang tak percaya tengok ler nanti. Waktu itu akan ada jualan merdekalah, lelong merdekalah dan macam – macam lagi yang namanya mesti nak diselitkan merdeka, hinggakan warung makcik kiah tepi jalan pun dah reti buat promosi harga merdeka. nasib baiklah bulan kemerdekaan ini sebulan aje. kalau setiap bulan…. sendiri mau ingatlah…
Sepanjang bulan kemerdekaan ini juga, kita akan dapat lihat iklan baru di tv. Khabarnya en afdlin shauki ada buat iklan merdeka petronas. Sekarang nie saya dok tunggu jugak le macam mana ler rupanya iklan tu. Hebatkah atau tersangat hebat sehingga mampu membuatkan saya pengsan. Boleh buat pengajaran tak? kalau ada yang buat pengajaran sayalah orangnya. Betul puan – puan, takde tipunya. Dulu ramai jugaklah makcik – makcik kat luar sana tu nak jodohkan saya dengan anak dara mereka. Tapi sebagai lelaki yang baik dan berbudi bahasa pulak, saya tolak tawaran makcik – makcik tu. Lagi teruk ada sorang dua makcik tu yang siap ugut nak terjun laut lagi kalau tak terima tawaran depa. Jahat ker saya sebab tak terima offer makcik tersebut. Sebelum malam lagi saya dah bagi tau kat diorang saya nie apa yang ada, harta kurang. Rupa taklah lawa sangat. Saya hanya anak malaysia aje.

Namun sesuatu yang kita sebenarnya tidak sangka sama sekali bila sambutan bulan kemerdekaan kali ini tidak menampakkan kemeriahannya. Saya ter sangat perasan pasal perkara ini. Adakah tuan – tuan dan puan – puan semua setuju dengan pendapat saya. Tersangatlah sepinya. Apa dah jadi ya?

Wassalam.

Cinta buatan Malaysia – search

Saya anak Malaysia – dr sam 

Saya anak Malaysia – sudirman

5 Respons to 'Saya anak Malaysia… Merdeka! Merdeka!Merdeka!'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Saya anak Malaysia… Merdeka! Merdeka!Merdeka!'.

  1. Miss N said,

    kalau ada yang buat pengajaran sayalah orangnya. Betul puan – puan, takde tipunya. Dulu ramai jugaklah makcik – makcik kat luar sana tu nak jodohkan saya dengan anak dara mereka. Tapi sebagai lelaki yang baik dan berbudi bahasa pulak, saya tolak tawaran makcik – makcik tu

    [Mcm masuk bakul angkt sndiri je ayat atas tu…..]


  2. Miss N ni jate ko tino? Musykil kawe…


  3. Anak bongsu ambo lahir 31 Ogos. Ingat dulu nak namakan Siti Merdeka. Takut kengkawan dia gelak je time dia sekolah nanti.

  4. Miss N said,

    kalo dah miss tu mknanye prempuan la…
    lg mau tnye..
    i bknye nk kutuk2 tp i cuma bgtau ape yg i rs..memang puji diri sndiri pun ayat ni…

    [kalau ada yang buat pengajaran sayalah orangnya. Betul puan – puan, takde tipunya. Dulu ramai jugaklah makcik – makcik kat luar sana tu nak jodohkan saya dengan anak dara mereka. Tapi sebagai lelaki yang baik dan berbudi bahasa pulak, saya tolak tawaran makcik – makcik tu]

    xkan la xley bezakan puji diri sndiri or tak…eee tlg lah…xkuase nk mlayan lelaki mcm tu….hurmm malang sungguh si isteri yg steia di rumah..

  5. ctabnoorsina said,

    Saya dah jawab kemusykilan missn pasal ss tu melalui email. terima kasih sebab sudi bertandang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: