Den punyo blog


From Jempol With love

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 14, 2008

Selamat bertemu lagi. Semoga hari ini terus saja menjanjikan kebahagian yang tidak terhingga buat anda. harapan saya, apa jua yang anda lakukan pada waktu ini, hendaknya adalah perkara – perkara yang berfaedah sahaja. Ghontikanlah kalau buek bonda – bonda yang menyusahkan keluarga, masyarakat mahupun negara. 

Sebenarnya nak sambung cerita pasal bulan kemerdekaan lagi. Banyak yang nak diceritakan. Tapi takpelah, kita sambung dimasa dan kesempatan yang lain pula.Kalau kita nak bercerita tentang bulan bulan merdeka ni, entah bilalah akan tamat. Jadi meh ler tuan – tuan dan puan – puan serta encik – encik dan cik – cik semua bermuhasabah pada diri sendiri tentang nikmat merdeka ni. Pentingnya disini jangan ler lupa diri dan asal usul. Oklah, maleh dah den nak bercerita pasal merdeka ni, sumo eh dah bosar panjang. Faham – faham sendiri udahlah.
Iklan yang selalu tuan – tuan dan puan – puan tengok kat tv plasma ke, tv lcd ke atau yang masih lagi guna tv hitam putih, sebenarnya mengajar kita tu. Betul! kenapa? tak percaya? Ok, meh le kita gi jalan – jalan ke suatu kenangan yang tak bisa ku lenyapkan. Sebelum tu pernah tengok tak kat tv iklan pasal topi keledar. Alahai yang rangka manusia bawak motor tu. Kalau pernah tengok ok lah, tapi kalau belum pernah tengok korang gi ler telefon mana mana stesen tv yang korang minat, suruh siarkan iklan tu. Boleh!. Cerita yang saya nak kongsikan pada anda semua ni, dah tentulah pasal topi keledar. Iyalah, tak kan cerita pasal tali pinggang pulak. 

Cerita begini dan bermula pada suatu petang yang suam – suam kuku. Hari itu entah mcm mana, saya yang tak hensem nie ditahan abe polis pasal tak pakai topi keledar. Ingatkan bila cilok sana cilok sini lepas le, sekali saya terlupa, abe polis tu lagi pandai daripada saya yang tak berapa nak pandai nie. Bila dah kena tahan tu terpaksalah buat muka seposen. Harap – harap abe polis tu kesian le.
” ekau merompit ko jang” Garang jer abe polis tu tanya.
” apolah tok nie, takkan moto camnie nak buek rompit. apo barang.” Den nak bagi tau camtulah lah mula eh. tapi akhirnya cakap dalam hati je lah. saya bagi tahu kat abe polis. Saya cuma merempit gi pasar yo. memang betul pun sebab dalam bakul motor tu ada udang, sotong, kacang panjang dan jagung muda. Nak masak seafood paprik. Abe polis tu plak kojap tengok muko den, kojap tengok barang dalam bakul. Den ingat dio sogan nak bagi tau yang dio suka seafood paprik kot. Apo! ingat den tak tahu masuk ker.
” ekau tahu tak jang, ekau dah buek salah” kato abe polis tu lagi. saya angguk jelah. Memang dah tahu pun kesalahannya. Dipendekkan riwayat, petang tu saya terima surat saman pasal tak pakai topi keledar. Tolonglah gelakkan saya.
Sikit punya tension lepas tu, dahlah waktu – waktu kering camni dapat plak surat cinta siapa tak tension. Bukan surat je yang saya dapat, nasihat apatah lagi berlori – lori banyak nya. Wa rasa macam putus cinta cinta plak. Tapi nak buat camner, abe polis tu jalankan tugas dia aje. Sejak daripada petang tu saya alergik sungguh dengan nama polis nie. Tak kira apa bendanya kalau ada nama polis je mulalah badan nie jadi tak tentu arah, kejap – kejap demam, kejap – kejap sejuk. Diriwayatkan juga, 3 – 4 hari saya trauma. Bila tengok jer surat saman tu mula nak pitam. Sekarang nie ada sikit – sikit lagi trauma tu. Warna biru pun dah tak leh tengok.
Hendak jadi cerita, seminggu kemudian ada satu kemalangan terjadi ditempat saya nie. Bukan kemalangan biasa tapi dah jadi kemalangan maut. Bila dah maut maknanya adalah kematian. Nak jadi cerita jugak, saya pun melihat kemalangan itu dengan biji mata saya sendiri. Innalillah…. hari tu jugak saya jadi insaf. insaf yang amat sangat. Sebab apa? sebab mangsa kemalangan tersebut tidak memakai topi keledar. Perkara yang selama ni saya anggap remeh temeh tetapi telah menjadi punca kematian mangsa kemalangan. Mangsa masih muda remaja lagi. Tetapi tiada siapa menduga ajalnya sebegitu rupa. Ramai orang cakap itu dah ajal dia. Betul! tapi allah s.w.t tak kejam tau, malah disuruhnya kita berusaha dengan cara sendiri untuk mengelak musibah daripada terjadi. Disebabkan mangsa tidak pakai topi keledar akhirnya nyawa jadi taruhan. Seperkara lagi, undang – undang yang dicipta bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk mendisplinkan kita. Barangkali kalau remaja yang menjadi mangsa atau kita semua mengikut peraturan dan undang – undang keselamatan jalanraya kita sebenarnya sedikit sebanyak dapat mencegah bencana daripada terjadi. Namun itu dah ketentuan allah s.w.t kan? Waima kalau kita lengkap serba serbi pun kalau dah kehendaknya, akan terjadi juga. Tetapi sebagai manusia kita jangan alpa dan memandang remeh keselamatan diri. Lagi penting jangan sesekali langgar peraturan lampu isyarat. Semua kemungkinan boleh terjadi. ( Dah macam ustaz pulak)

Lepas kejadian tu, saya memang insaf giler, nak gila pun ada nie bila kenang – kenangkan kejadian tersebut. Tapi malas nak fikir banyak. Sebelum apa – apa terjadi saya kena berubah. Bukan setakat pakai helmet aje, kena ikat jugak tau. Ingat orang tersayang. Kepada semua rakyat malaysia yang saya kasihi, saya berpesan kepada anda semua termasuklah diri saya, agar patuhilah peraturan yang telah ditetapkan semasa anda dijalanraya. Demi untuk orang tersayang, keluarga anda serta negara anda.
Buat abe polis yang sudi menyaman saya tu, saya ucapkan terima kasih banyak – banyak ( saman tak bayar lagi ni.. tarikh tutup dah lepas, kena naik mahkamah jugak nie ). Apa yang penting nasihat yang diberikan ada kebenaran walaupu kadang – kadang boleh buat hati terbakar. Saya sebagai rakyat malaysia yang suka mendengar nasihat ( tak susah pun nak ikut nasihat yang berguna nie ) nak beri barang secebis nasihat buat anda yang menunggang atau membonceng tanpa pakai topi keledar atau suka suka je bawak anak anda yang kecik naik motor tu, hati – hatilah. kalau anda tak beringat anda akan terkena. kalau kena saman ok lagi, kalau kena accident kemudian kematian camner? Siapa nak jawab? Pakailah ler topi keledar walau untuk ke kedai membeli sos cili atau kicap demi  keselamatan diri, melainkan jika kepala anda telah diiktiraf oleh pakar perubatan, pegawai jpj atau polis sebagai kepala paling keras dimalaysia.

Sampai berjumpa lagi dilain waktu. Sambutlah salam sedingin bayu untuk anda diluar sana. Tidak susah untuk menjadi manusia, tetapi cukup sukar untuk menjadi manusia berguna.

wassalam

Saman – Poe

Satu Respons to 'From Jempol With love'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'From Jempol With love'.


  1. Tak mahal saman tak pakai helmet. Tak sampai RM100 kot? Boleh bayar ansur tu. Rayu la kat tuan hakim. Minta diskaun lebih sikit.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: