Den punyo blog


Sepanjang jalan kenangan.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 15, 2008

Hari ini, seawal pagi lagi dah sibuk. Sibuk yang sungguh – sungguh. Biasalah, kalau dah tiba dateline, mesti rasa nak pengsan. Banyak benda yang nak dibuat, lagi teruk kalau benda yang saya dah selesaikan seawal mungkin yang boleh tu, terpaksa diulang buat semula. Kes naya betul. Itu yang jadi macam lipas kudung tu. Tapi semuanya dah kira oklah jugak sebab sebelum jam 3.30 ptg tadi, bersamaan hari jumaat saya sempat selesaikan semua benda yang berkaitan.

Sekarang nie masa untuk pekena secawan kopi ‘o’ berserta maggie goreng. Erm…. sedap ke? Memang sedap bang! sebab anak makcik gerai tu yang masak. Kopinya pun kaw – kaw sungguh ni. Takut jugak nak minum ni. Takut sampai ke bulan nanti. Anak makcik gerai nie bang memang cute. Dahlah cute comel plak tu. Umur dia baru 24 tahun. Belum berpunya lagi. Maknanya bolehlah dicalonkan dalam kategori solo. Serba serbi ok. Tip top bang. Sungguh! tak tipu punya.

Nama anak makcik ni Halimahtun saadiah. Nama bapaknya saya tak berapa nak tahu. Memang tak nak ambil tahu pun. Bagi kalangan pelanggan yang biasa ke gerai mak cik nie, anak dara cute makcik tu dipanggil orang eton aje. Bagi eton apa yang hendak dirimaskan bila orang panggil dia eton. Kata eton apa ada pada nama. Pernah dulu kala ( 4 hari lepas), saya sempat jugaklah berborak dengan budak eton ni. Tanya itu tanya ini pada empunya badan. Eton memang peramah. Baik hati berbudi bahasa dan pandai menghormati orang lebih – lebih lagi pelanggan yang datang ke gerainya. Waktu tu saya rasa macam borak dengan maya karin pulak. Boleh gugur jantung ni bang. Kalau lah jantung saya ni boleh dikutip semula dah lama saya biarkan dia jatuh. Boleh eton tengok macam mana degupannya.

Pada pengamatan saya, si eton nie bukanlah calang – calang budak ni. Apa taknya cara dia bercakap, peh! macam wakil rakyat. Saya pun usik – usik le si eton ni. Kenapa tak ceburi bidang yang boleh mendatangkan kesenangan. Maksud saya jadi artis ke . Eton tersenyum je. Senyumannya bang… susah saya nak gambarkan dengan kata – kata. Saya boleh jadi buta bang kalau tengok dia tersenyum. Manis!

“eton tak minat nak jadi artis. Sosial. Maksiat”.

“kalau kita pandai jaga diri, insya allah kita akan selamat”Kata saya.

“eton lebih suka tolong mak aje. Lagi pun berniaga nie pun boleh beri kesenangan jugak kalau kita uruskan dengan betul dan bijaksana. jangan tipu orang dan jangan buat orang tak suka” jawab eton.

Betullah tu. Saya memang setuju dengan cakap eton tu. Bukanlah sebab eton tu lawa. Tapi kebenaran daripada kata katanya.

“cuma eton sedihlah sebab keadaan negara kita ni dah tunggang langgang. Sibuk sana sini menyalahkan satu sama lain. Melayu pun dah tak gheti bermuafakat”. Gulpp! Abang banyakkanlah macam mana saya tak terkejut sebab yang meluahkan isi hatinya itu adalah seorang perempuan. Anak dara lagi. Waktu tu kalau lah tidak menjadi kesalahan dah lama saya dakap si eton tu dan belai rambutnya sambil berkata,

“Takpelah eton, abg faham dan abang akan usahakan dengan cara abang untuk menyatu padukan orang melayu tanpa mengira latar belakangnya” Peh!. tapi mustahillah benda tu boleh terjadi. kalau jadi jugak aci lompat katak 4 hari pun sanggup. Itulah eton yang saya kenal. Walaupun nampak lembut tetapi rupanya ada semangat luar biasa dalam dirinya. Saya memang tak hairan kalau eton mempunyai jiwa yang sedemikian sebab pelajaran eton pun memang tinggi. Eton adalah bekas pelajar UiTM Shah Alam. Eton beritahu saya, sampai mati pun dia tak akan lupa tempat dimana dia menuntut ilmu, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sampai dapat masuk UiTM dan bergelar siswazah yang mendapat ijazah. Eton pun ada beritahu saya yang dia akan cuba untuk melanjutkan pengajiannya dalam master pulak. Entahlah saya belajar tak habis nie tak pulak tahu master tu apa ke bendanya. Masterhead tau le. Paling koman pun master room yang saya tahu.

Takpelah eton. Saya doakan eton berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Buat anda diluar sana, banyak lagi perkara yang telah eton ceritakan pada saya. Tapi disebabkan saya perlu habiskan maggie dan kopi nie dulu, lain kali ajelah saya cerita. Sebelum berpisah, sekadar meminjam kata kata eton, “untuk berjaya jangan sesekali kita mengaku kalah, kalau jatuh diawal permulaan itu satu rahmat, jatuh dipertengahan satu azam, jatuh dipenghujung satu kenikmatan”. Saya tak faham nie… tolong jelaskan pada saya.

wassalam

Satu Respons to 'Sepanjang jalan kenangan.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Sepanjang jalan kenangan.'.


  1. Ekau dah syok dengan Eton ko Jang? Carik nahas la tu. Karang kono bodal ngan bini baru kau tau! Huhuhu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: