Den punyo blog


Pagi yang puitis…

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 16, 2008

Assalamuailaikum dan selamat pagi. Saya menulis nie pun dah pukul 2 pagi. Baru je balik dari kerja. Sebelum indahnya lelap ku, saya ambil barang sejemput dua masa saya sendiri untuk menulis kat blog nie. Sebenarnya ada benda yang nak ditulis tapi bukan pasal budak eton tu. Benda lain, perkara pun lain. Tapi untuk pengetahuan anda semua eton baru je sms saya tadi. Katanya nak ajak saya tengok wayang. Cerita yang ada kena mengena dengan cucuk menyucuk. Tapi malanglah teramatnya diri saya ini sebab tak dapatlah nak temankan eton tu sebab saya tersangatlah sibuknya pada hari ahad ini. Maafkanlah saya eton. Lain harilah kita gi tengok cerita pasal botox tu. Oklah, sebelum saya mengundurkan diri, anda semua bacalah puisi yang saya tulis ni. Saya harap anda akan terperasan pada diri sendiri sekiranya ada kerinduan yang bertandang pada masa ini.

Jaga diri anda baik baik. jangan nakal nakal. jangan suka nak mengada ngada pulak.

BISIKAN PUITIS

Bisikan mu tempohari,
Disulami pagi ceria,
Disusuli kicauan burung berpesta,
Bisa berubah dunia sepiku,
Berkurun lama,
Memendam perasaan duka,
Yang hujungnya tiada bertepi.

Bisikanmu tempohari,
Khayalan puitisku semata,
Hadirnya bersama mimpi reality,
Ibarat kenangan lama bersemi,
Berputik kembali,
Biarpun ianya hanyalah impian.

Ombak bernafas resah,
Menanti angin seberang berlalu,
Bintang dan bulan berdansa riang,
Bagai tidak mengerti suara alam,
Yang sebenarnya adalah gelora hatiku,
Bisikanmu tempohari,
Tetap berada di jiwaku,
Kini dan selamanya.

Untaian kata… Hidup adalah perjalanan yang panjang dan setiap hari kita akan mulakan dengan episod baru. Jangan lupa “rewind” kembali episod lama jika ada pembetulan yang perlu kita buat.

p/s… Teringat pulak pada kawan kawan lama semasa di smbk 1990.

Satu Respons to 'Pagi yang puitis…'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Pagi yang puitis…'.


  1. Kirim salam kat Eton ya. Cakap ngan dia, aku ajak nengok wayang cerita uli menguli (buat roti daaaa).


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: