Den punyo blog


Minggu tangkapjiwang..

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 19, 2008

Assalammuailaikum dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga saat ini anda terus ceria gembira bersama keluarga tersayang. Saya kembali lagi untuk waktu ini, ada kesempatan yang terluang untuk bersama anda dengan beberapa lagi nukilan puisi yang sempat saya sediakan.

2 puisi yang mempunyai nama serta email ( tak tahulah email tu aktif ker tidak lagi ) adalah sumbangan pengirim ketika saya mengendalikan sebuah laman web yang baru nak hidup. Masa tu lagi susah nak buat web site ni. Banyak yang kena belajar.Kalau buta komputer, malam sikitlah nak jadi. Masa tu tak pasal pasal kena belajar bahasa komputer. cc+lah, javalah dan entah ke apa spesis lagi. Tu pasallah laman web yang saya cuba buat masa tu ibarat buat rumah batu, siapnya dah rupa pondok. Tak seperti hari ni, senang – senang je boleh buat blog walaupun rabun dekat. Waktu tu pulak mana ada tapak web percuma, yang saya tahu ada masa tu cuma tripod aje.  Ketika itu saya bersama kawan – kawan sibuk gila nak buka persatuan atau kelab ( bukan kelab malam ya) Namun atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan kelab tersebut berkubur tanpa nesan. Kira dah jadi kenanganlah tu. Jadi dikesempatan ini saya siarkan kembali puisi atau sajak yang saya maksudkan itu. Laman web yang saya maksudkan tu rupa – rupanya masih hidup lagi. Kalau nak tengok betapa hodohnya web tu, gi ler tengok di http://tamingsari2001.tripod.com. Jangan kutuk udahlah.

HIDUP YANG PASTI.

Hari ini kita diberi nafas lagi
untuk terus merencanakan hidup
agar sejahtera diesok hari
semoga ada bekalan yang kita kendong
semoga ada lagi keupayaan
untuk kita mengatur gerak.

Hidup ini satu perjudian
menang kalah menjadi teman
namun kudrat kita masih lagi gagah
untuk terus mencari sesuap nasi
walau pun banyak pancaroba
yang merentap semangat membara
namun yakinlah…..
bukan selamanya kesusahan itu milik kita.
 

Nukilan rasa:-
Anak Merdeka 2001

AKU, DIA DAN AWEK

Dia yang ku kenal
bukan sekadar seorang teman
namun ….
lidah kelu untuk meluahkan
yang hati ini telah jatuh cinta
telah tergoda pada empunya diri
telah dirasuk oleh amukan cinta
agar aku memilikinya
namun………
siapalah aku
seorang lelaki
yang  telah dimiliki
oleh awek ku yang terdahulu 

Siapalah aku…
Anak Merdeka 2001

AKU KENA TIKAM

Aku,
tertikam jua olehnya
yang menghulurkan senjata tipu muslihatnya
dan menitiskan darah darah durjana
akibat penipuannya itu…

Tolong,
aku telah ditikam
oleh amukan cinta sulung
yang tertahan bisanya
tak tertanggung bebannya
tak terhitung beratnya

Sakitnya,
kalau ditikam
bukan dengan dengan parang
atau pun dengan pedang
tetapi oleh cinta agungnya. 

nukilan rasa.
Jiwang Karat

 

Semalam.

Semalam,
baru saja ku tinggalkan kenangan
yang pahit dan berbisa
kerana disana
aku tidak diperlukan lagi
untuk mengecap kemanis
kerana ada perbezaan yang diukur.

Semalam
aku terus menyusun langkah
menyusuri semalu – semalu dirimbunan tersorok
pijar dan terasa pedih
namun aku pasti tidak akan mengalah
kerana aku tahu semangat diri ku
kerana aku juga pasti
aku akan berjaya menggenggam harapan.

hasil nukilan

Syamsinar bt Omar
Bukit Gambir, segamat
ieeza77@hotmail.com

 

Jati diri.

Kenalkah engkau pada diri mu?
kenalkah engkau pada keluarga mu?
kenalkah engkau pada agama mu?
kenalkah engkau pada negara mu?
kenalkah engkau pada budaya mu?
kenalkah engkau pada adat resam mu?
kenalkah engkau pada tetangga mu?

kenalkanlah segala apa yang ada pada diri mu
kerana jika tidak kau kenali
hidup mu umpama hampas ditengah lautan.

Coretan rasa:

anessa bt yusof
anessa72@hotmail.com

P/s Teringat pulak masa join pertandingan puisi hari kemerdekaan klfm 2005 anjuran radio klfm. Dikendalikan oleh dj irwan shahrir. Apa khabarlah agaknya sahabat sahabat klfm yang mengenali saya sebagai ultramantaro.

Kenangan mengusik jiwa – A ramlie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: