Den punyo blog


Renungan untuk kita.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 19, 2008

Assalamuailaikum dan salam sejahtera malaysia. Anda ok hari ni. Saya biasa saja. Dah tengok iklan merdeka terbaru dit.v ke? Jadikanlah pengajaran yang bermakna. Penat si afdlin shauki tu buat iklan. Oklah hari ni saya tukar channel sikit. Sesekali apa salahnya kita bermuhasabah pada diri sendiri untuk masa depan kita, keluarga dan negara. Harap – harap artikel dibawah ini tidak mengganggu konsentrasi anda. Tiada sindiran, kutukan atau hinaan yang mahu dilemparkan buat anda para pembaca.

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara – perkara yang menyeronokkan. Seronok punya pasal, ada yang sampai lupa diri. Itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukkan kepada kita. Bersama ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada juga terdapat perkara – perkara yang terkena batang hidung sendiri.( Sendiri mau ingatlah) Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat mengingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat ISLAM akan terus mengungguli dunia. InsyaALLAH.

 1 –  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Rasullulah S.A.W pernah berkata, tinggalkanlah apa jua yang kita lakukan tatkala mendengar seruan azan. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Mari bersembahyang – Al mizan

2 –  Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau – kalau kita terbawa segala kotoran dan ia akan mengotori rumah kita. Siapa yang susah.. 

3 – Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Nak jimat beli je segala yang berkaitan dengan plastik.

4 –  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan ada sesetengah pendapat mengatakan bakal mewarisi ke papaan. wallahualam. Dah makan tu basuh jer, nak simpan dalam sinki sampai petang buat apa. Malas sungguh!

5 –  Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu telah terbuka pintu berkat (rezeki). Kalau tidur jugak dah tentu bukannya seorang yang bergelar pekerja.. 

6 –  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita berkongsi dengan syaitan. Makan banyak mana pun tak kenyang – kenyang.

7 –  Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8 – Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 –  Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10 – Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk daripada baiknya.

11 –  Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12 –  Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau dah memang kita bersalah. Begitulah juga kalau ada orang lain memohon maaf daripada kita, maafkanlah. sedangkan nabi ampunkan umat inikan pula kita manusia biasa.

13 –  Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. Hidup bukan untuk cari musuh dan persengketaan.

14 –  Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15 –  Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 –  Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Berpada – pada dalam ada jua yang kita lakukan.

17 – Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama – lama mencuri.

18 –  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19 –  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20 –  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Sama samalah kita saling ingat mengingati. Perkara- perkara JANGAN diatas bukan sahaja untuk renungan suadara – saudari tetapi juga untuk renungan diri saya yang kerdil disisi ALLAH S.W.T. Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita buat sempadan. Manusia itu amatlah banyak kekurangannya. Yang baik datang daripada ALLAH S.W.T, yang buruk daripada kita hambanya.

 

3 Respons to 'Renungan untuk kita.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Renungan untuk kita.'.

  1. azlina said,

    ok jugak bila sesekali baca kiriman berbentuk ilmiah nie. perbanyakkanlah lagi. Lagu mari bersembahyang tu… pasti menginzafkan

  2. zul_ops said,

    bagus le…perbanyakkan lagi yo..sejuk ati den menbacenye & menambahkan lagi pengetahuan den nie….Sama-samalah kita mempertabatkan maruah ISLAM…

  3. ctabnoorsina said,

    Timo kasih yo encik zul, selamat berpuasa juga saya ucapkan buat anda. Nanti kalau ado apo apo yang best lagi, saya akan tulis kat blog nie. yang baik jadikan iktibar yang tak berapa nak baik tu campakkanlah kat sungai ke, laut ke.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: