Den punyo blog


Dari kamar hati.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 22, 2008

Ramadan al mubarak bakal menjenguk kita tidak lama lagi. Lebih kurang seminggu lebih sikit sahaja atau lebih tepat lagi sehari selepas kita meraikan hari kemerdekaan negara yang ke 51. Apa macam, puasa yang tertinggal atau ditinggalkan mahupun sengaja ditinggalkan dah berganti ke belum. Sepanjang minggu ini juga ramai juga kawan – kawan saya yang berpuasa ganti dicampur pulak dengan puasa sunat. Elok juga tu, boleh tambah bekalan kita. Eton pun khabarnya berpuasa hari ni. Al maklum dan saya pun sedia maklum mengenai itu. Nama pun perempuan. Saya sempat jugak mencilok bertanyakan pada eton kenapa nampak macam tak gembira aje hari ini. Sepatah je dia jawab, letih!. Saya takutlah jugak kalau eton marahkan saya pasal tak nak temankan dia tengok wayang tempoh hari.

Itu cerita pagi tadi, semasa saya singgah digerainya untuk bersarapan sebelum saya jalan – jalan ronda – ronda melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bercakap pasal merdeka ni, pastinya ramai juga yang setuju, kemeriahannya kurang dirasai. Eton pun cakap begitu, tak macam tahun – tahun lepas. Saya pun sependapat dengan eton. Dimana silapnya? Adakah disebabkan rakyat lebih berminat untuk mengikuti pilihanraya parlimen permatang pauh atau disebabkan oleh keadaan yang mana hanya diketahui oleh empunya badan saja. Saya tak nak bercerita pasal pilihanraya tersebut. Pasal merdeka pun saya tak nak cerita lagi untuk waktu dan ketika ini, tapi marilah kita fikirkan sama – sama sebab munasabahnya kenapa jadi sebegitu rupa.

Wokey… Kali ini saya nak story pasal bola pulak. Lebih tepat bola sepak diMalaysia.Kepada anda semua yang minat gila atau hampir – hampir nak gila disebabkan bola ni, apa kata hari sabtu ini 23hb, ogos 2008 anda semua menyerbu Stadium Nasional untuk perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia. Pertembungan menarik antara 2 pasukan yang sebelum ni pernah bertemu final piala F.A tetapi pasukan yang bergelar Red Giant tu, kalah pada pasukan yang namanya ala – ala kereta. Sebenarnya bola sepak di Malaysia agak suam – suam kuku tidak seperti dinegara lain, kalau bab bola merusuh pun sanggup. Tempat kita ni harapkan slogan tidur bola, makan bola aje yang menarik. Tapi sebenarnya hampeh. Macamana tak hampeh kalau slogan sebegitu rupa wujud dimuka bumi nie. Siapa yang sanggup makan bola ( kuih bola oklah jugak terutama bila dibuat oleh mak si eton, 40sen sebiji) kalau ada pun mereka tu jenis spesis yang bila balik rumah bini tak masak apa cuma letak bola aje bawah tudung saji atas meja. Benda – benda tu tak mustahil ada berlaku tapi di Malaysia ni rasanya tak pernah pulak saya dengar kes yang sebegitu rupa. Belum kebulur tahap lipan dan cipan lagi rakyat kita nak makan bola.Itu belum lagi tahap dimana anak mengenakan sibapak pasal diskaun panggilan murah giler tu. Nasib baik si anaknya suka warna biru, kalau warna kelabu tahi anjing ker camner bapak nak jawab. 

Apa pun bolasepak memanglah sejenis sukan yang paling popular diplanet bumi ni. Saya harap anak saya satu hari nanti akan jadi pemain bolasepak tersohor diserata pelusuk dunia. Harapan tu memanglah tinggi tapi bila kenangkan semula yang anak saya tu perempuan, ditambah pula bantahan yang diterima daripada pelbagai pihak, terpaksalah saya batalkan niat untuk mendidik anak saya mencintai bola sepak. Tunggulah 3-4 tahun lagi, saya akan didik anak saya tu dalam bidang sukan yang boleh mendatangkan duit RM1juta dan jugak gelaran datuk. Untung jugak siabahnya ni.( tumpang senang je.. tengok kejayaan anak – anak saya)

Dah jauh pulak terbabas. Kita sambung semula cerita pasal bola, Jadi, meh ler kita sama – sama membuat pilihan pasukan mana yang akan berjaya pada malam itu. Selangor atau kedah.? kalau tanya saya, pasukan mana pilihan saya, dah tentulah saya akan pilih kedah. Banyak sebab kenapa saya pilih pasukan kenari tu, salah satunya sebab keluarga eton berasal dari kedah. Hahahahaha… Kemudiannya saya ada 2-3 orang kawan yang berasal dari kedah. Masih lagi hidup hingga ke saat ini. Yang paling penting saya adalah pembeli beras keluaran negeri kedah. Petang semalam pun beli beras kedah ( takde lagi kot dipasaran beras selangor- harga sama je erk… beras subsidi takde jual lagi .. hampeh) Yang saya takde cuma aweks dari negeri kedah sahaja. Tak mampu lagi nak kearah itu.

Hari ni pun, kalau ikutkan beritalah, pasukan bolasepak negeri kedah ni dapat hadiah lumayan lagi apabila hadiah kemenangan piala F.A tempohari akan dibahagi – bahagikan sesama sendiri. Banyak juga jumlahnya, dalam lingkungan rm350,000 ( mintak sekupang dua ) maknanya raya sakan ler pemain – pemain dalam skuad hijau kuning tu( yang sambut aidilfitri jelah). Pasukan dari negeri lain tengok ajelah untuk tahun ni. Tahun depan boleh ambik duit itu, itu pun kalau pasukan anda boleh menang.

Sebelum saya mengundurkan diri, kepada anda yang bakal menghadirkan diri ke stadium malam esok, hati – hati disepanjang perjalanan. Bila dah ada kat stadium, jangan pulak suka – suka baling mercun sana sini. Simpan untuk raya. Buat pasukan yang bertanding. Jangan nakal – nakal bila berada dipadang. Bak kata pepatah, menang jadi arang kalah jadi abu. Yang untung siapa?.. Sendiri mau ingatlah. Sampai jumpa lagi. Jaga diri anda sebaik mungkin. Wassalam.

Hijau kuning – The offside

Satu Respons to 'Dari kamar hati.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Dari kamar hati.'.

  1. iskandar said,

    Takkan sebab eton awak sokong kedah. Lagi 1 saya ramai jugak kawan dari kedah. Alasan yang awak beri tu tak logik le. Awak sokong mana nie BARISAN NASIONAL KER PAKATAN RAKYAT. Baik awak sokong selangor, awek pun ramai, cun – cun pulak tu. Minta lagu bleh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: