Den punyo blog


Lagu dan kenangan.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 28, 2008

3-4 hari ini saya sibuk sikit. Banyak kerja nak kena buat, nak cari buluh lemang lagi, kayu api lagi. Pendek kata memang bizi giler ler. Lepas jer saya siapkan paparan lagu dan kenangan ini, kita akan berehat sehingga hari selasa 2hb sept 2008. Maknanya kalau tiada paparan terbaru diblog saya ini faham – faham ajelah.Selamat menyambut ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa buat anda. Semoga ramadhan ini akan terus membahagiakan kita dan umat islam keseluruhannya.

Bintang Sukan ku – Rahimah Rahim. Lagu ini ditujukan khas buat pasukan bolasepak negeri kedah. Tahniah! Dapat duit dapat pingat lagi.

Kasih berbunga lalang – Rima Rashidi. Saja – saja jer letak lagu ini kat sini.

Seloka orang Kedah – Zainal Hitam. Lagu ini pun untuk orang kedah terutama buat eton dan emaknya. Dah 3 hari tak jumpa eton. Acik sibuklah nak sambut merdeka ni. ( sebenarnya nak settlekan kerja sebelum merdeka )

Yang ditunggu tak tiba – Sharifah Aini. Part inilah yang selalunya buat orang nak mengamuk tahap kerbau. Agaknya, itulah yang eton rasakan bila dia 2 jam dok tunggu kawannya kat cinema. ( kawan dialah yang dia tunggu )

Pulang – Cinema. Eton sms saya, dia nak balik sebab kawan dia tak dapat datang sebab bas yang bawak kawannya tu rosak di pinggiran jalan.

Aku jangan digoda – The Queens. Tak rela tau….!!!! jangan ler !!!!!!

Kisah cinta antara kita – Junction Cerita lama buat apa nak dikenang. Buat sakit hati, sakit jiwa, sakit kepala dan sakit badan. Kan dah kena telan panadol.

Harapan – Lela. Nasib baik maknya sieton akan buka gerai bulan puasa ni.. ( jualan untuk berbuka aje)

Jumpa lagi dilain kesempatan. Wassalam

2 Respons to 'Lagu dan kenangan.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Lagu dan kenangan.'.

  1. azlina said,

    Selamat berpuasa untuk anda serta keluarga. lepas ni boleh lah uploadkan lagu raya pulak. kalau sudi ler. Bila nak tulis cerita pasal budak eton tu. tak sabar – sabar nak tahu ceritanya, manalah tahu boleh buat filem ker, drama ker.

  2. wati pasoh3 said,

    hai bro..aku nak lagu careless whisper dr wham.dah lama aku tak dengar lagu ni.aku nak dedikasikan lagu buat kzie.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: