Den punyo blog


Apa nak jadi?

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 3, 2008

Assalammuailaikum. Salam sejahtera buat anda semua. Kita bertemu lagi untuk kesekian kalinya. Moga moga anda gembira dengan pertemuan ini. Suka juga saya mengucapkan selamat berpuasa buat anda. Bagi anda yang tak berpuasa atas – atas sebab yang tidak dapat dielakkan, janganlah pulak menunjukkan kemachoan anda itu dengan makan, minum serta buat apa saja yang terlarang didepan orang ramai. Nanti tak pasal – pasal pulak naik van jenazah. Tak takut ke, tak ngeri ke dengar perkataan jenazah tu. kemudian diarak pulak keliling pekan atau bandar. Tak ngeri jugak? Takpelah… lepas tu paling koman pun kena denda kat dunia aje.. tak mahal cuma rm1000 keatas tertakluk keputusan mahkamah tempat  dan negeri mana anda tinggal ( tak menyesal ke duit hilang gitu aje) Dunia aje bang. Tak sakit mana pun… Bab seterusnya meh ler kita tanya pada diri kita sendiri. Jadi kalau anda tak nak puasa sekali pun tolonglah jangan nak menunjuk – nunjuk pulak.

Oklah, tak pulak berceramah lebih – lebih. Anda semua dah besar panjang. Kali ni saya nak bercerita mengenai bulan september atau bulan 9. Selain kita menyambut puasa pada bulan 9 ni, bulan september ni antara bulan yang penting jugak untuk diri kita dan juga rakyat malaysia amnya. Jadi artikel seterusnya ini ditujukan untuk anda yang bergelar rakyat malaysia sahaja. Bukan rakyat malaysia pun boleh baca tetapi kalau ada yang terasa janganlah nak marah dan mengamuk tak tentu pasal. Kang tak pasal – pasal kena tangan. Tangan kang!

Pertama – tamanya, saya suka nak berkongsi dengan anda yang sesungguhnya pada 16 sept 1963 negara kita yang aman damai ni ( aman kot sehingga 16 sept ni) sejahtera dan segar bugar telah diwujudkan dengan nama malaysia. Kenapa pulak dipilih nama MALAYSIA. Harap – harap tulisan ini tidak akan menyebabkan saya ditahan polis atau pun dikenakan ISA. Ya ampun. Jadi kalau anda tahu kenapa nama malaysia dipilih dan sebab munasabab kenapa jadi pilihan, tak salah kiranya dapat jua berkongsi idea barang secupak dua dengan saya. Sewaktu itu sabah dan sarawak belum lagi merdeka seperti mana tanah melayu yang telah merdeka dari british pada 31 ogos 1957. Sebelum nama Malaysia diguna pakai sehingga ke hari ini, banyak nama yang telah digunakan. Bayangkanlah waktu tu, susah nya mereka – mereka yang berkenaan untuk mencari nama yang sesuai hinggakan wujudlah nama tanah melayu. Barangkali waktu tu jugak tanah melayu belum dihuni lagi oleh orang cina atau india, kalau tidak tentu depa pun tak setuju dengan nama tanah melayu atau bilangan kaum cina dan india masa tu boleh dibilang dengan jari. (jari tangan dan kaki sekali) Tahun 1963 bila sabah dan sarawak merdeka, kedua – dua negeri ni bersetuju untuk menyertai Tanah melayu ( malaya ) dan kemudian bergelar Malaysia. Tapi saya percaya, nama malaysia wujud disebabkan mengambil kira posisi kaum melayu pada masa itu. Samalah seperti negara china dan india. Kenapa kedua – dua negera berkenaan tidak dinamakan selain daripada nama china dan india. Tentu ada sebab dan sebab itulah yang menyebabkan kedua – dua negara berkenaan terbentuk atas kapasiti kaum. Cuma untuk tidak mengeruhkan keadaan ejaan pada negara – negara berkenaan disedapkan agar tidak menyinggung mana – mana pihak. Jadi samalah dengan negara kita malaysia. Harap – harap takdelah yang nak pertikaikannya.

Keduanya, kenapa penyertaan kaum lain selain kaum melayu dalam unit beruniform dipandang dingin. Nak kata gaji tak banyak, gaji polis dan tentera saya kira paling tinggi dikalangan penjawat awam dimalaysia. Teorinya senang aje bang, buat apa depa susah – susah nak masuk polis  atau tentera sebab negara ni bukan mereka yang punya. Cuba malaysia ni namanya ada sikit – sikit ala india atau cina. Esok lusa dah tentu seawal pagi lagi depa dah beratur untuk ujian pemilihan. Hakikatnya, ambik ler saya jadi polis atau askar. Saya rela ni. Tapi saya percaya orang cina dan india dimalaysia ni semuanya jenis yang setia pada malaysia. kalau tak setia dan menghargai negara, mana mungkin lee chong wei ( Sekarang dah bergelar datuk) menghadiahkan pingat perak badminton untuk malaysia diolimpik tempohari. Bukankah itu satu pencapaian terbaik. Maknanya datuk yang sorang ni telah membuktikan bahawa beliau juga sangat sayangkan malaysia ini.

Ketiganya, kenapa pulak sekarang nie melayu dengan melayu pun nak gaduh. kang dah nampak macam bangang aje. Bukan sikit punya bangang tapi dah sampai tahap keladi rebus dah. Yang sorang tu elok aje ditembak dengan meriam 155mm, suka menyaksikan melayu diperbodohkan oleh kaum lain. Melayu dengan melayu bergaduh, kaum lain bertepuk tangan. Yang hak sorang lagi tu mengaku haji tapi kandang babi elok je nak dibesarkan. Takde pun tunjukkan bantahan.Tapi bila bab mengondemkan melayu suruhlah depa. Najis betul. Dulu kata sipolan sipolan tu kafir sebab kawan dengan kafir, sekarang ni depa sendiri yang dah kafir sebab kawan dengan kafir. Cakap tak serupa bikin. ( Marah ker ni? bulan puasa mana boleh marahkan) Maka sejak dua menjak ni dah banyak kepincangan dalam masyarakat melayu terjadi. Maknanya esok kalau le sipolan yang berangan nak jadi P.M tu jadi kenyataan, maka akan habislah semua musuh – musuhnya dilanyak. Dr m kata beliau nak keluar negara kalau sipolan tu jadi p.m, beliau boleh ler sebab beliau banyak duit. yang miskin cam saya nie camner. nak ikut jugak keluar negara. Pada pendapat saya yang sekolah tak setinggi mana nie, sekarang ni lah melayu dengan melayu kena bersatu. Benda yang nak direbutkan hanyalah duniawi saja. Tu yang hampeh, kata mengaku parti berunsurkan islam kejarkan dunia macam lumba lari 100 meter, akhirat tercicir jauh. Tak hampeh ker tu. Jadi bawa – bawalah bertaubat.

Saya bukan orang umno, bukan jugak orang PAS atau PKR ( Punggung kena robek) lagi ler tidak orang DAP tapi sebagai seorang insan yang amat menyayangi malaysia. Tak seperti mereka yang bakal menjahanamkan malaysia. Kepada anda yang suka melihat perkara yang baru terjadi pada 16hb ni, tunggulah tetapi saya salah seorang rakyat malaysia, berdoa agar allah swt tidak akan merestui si polan yang gila nak jadi p.m tu, jadi perdana menteri malaysia. Minta dijauhi.

Artikel ini bukan untuk menjatuhkan airmuka sesiapa tapi sejak dua menjak ni orang tua yang bergelar paklah tu asyik kena kutuk je. Saya pun ada jugak yang tak berkenan dengan paklah nie tapi dalam tidak berkenan itu pun kita kenalah hormat beliau sebagai pemimpin. Salah satu yang saya tak berkenan bila beliau naikkan harga minyak dengan menggila. Minyak naik pun mampu jugak shopping sakan, beli kereta dan cuti – cuti malaysia. Bila disuruh belanja berhemah seperti saya tak boleh pulak. Lepas tu marahkan orang tua tu. Macam itu hari, bila beliau turunkan harga minyak, ada jugak yang tak puas hati, kenapa tak turunkan sehingga 50 sen atau 70 sen. Bukankah Pak Najib bagi tau, turun 50 sen boleh tapi rebat takde. Anda yang dah merasa rebat tu bolehlah melalak mintak turunkan harga minyak, yang tak merasa rebat tu macam saya nie macam mana.? Itulah namanya melayu makan melayu. Melepaskan diri sendiri sahaja. Begitu pun, tak semua yang saya tak berkenan dengan apa yang paklah buat. Ada juga yang beliau buat ada kepentingan bagi orang melayu. Lagi pun beliau pun melayu jugak macam anda , anda tak puas hati pun dengan melayu jugak.  Kalau anda semua boleh buat kerja yang orang tua tu buat, anda apply lah jadi p.m sebagai mana saya buat. Saya dah apply dah. Borang ada kat saya. Jangan segan minta borang tu. Tapi kena ingat, jadi pemimpin bukannya main ikut sedap mulut aje. Kalau fikir dunia aje semua nak jadi p.m tapi bila dah mati sok kena fikir sekali. Soal jawab dengan allah swt. Sanggup ke. Belum mati boleh lah cakap sanggup, kalau dah mati sok sendiri jawab dalam kubur tu.

Sampai berjumpa lagi. Sambutlah salam hormat daripada saya. Wassalam.

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Pulau Pandan jauh ke tengah  
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah  
Budi yang baik di kenang juga

Kayu bakar dibuat arang       
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri   

Pantai Mersing kuala Johor                  
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur          
Negara kita aman dan makmur

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan

Halia ini tanam-tanaman   
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman 
Ke akhirat juga akan sudahn

Masa berada di Pulau Jawa 
Rakan diajak pergi menjala  
Maha Berkuasa jangan dilupa   
Kuasa Allah tidak terhingga

Ingatan manis dibulan september – sharifah aini

sepanjang jalan ke pulau pinang – harmoni

5 Respons to 'Apa nak jadi?'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Apa nak jadi?'.

  1. iskandar said,

    kau biar betul nie. kau sokong mana sebenarnya nie. apa pun syabas le sebab ko berani luahkan pendapat. ada betulnya pendapat kau tu tapi malangnya ramai melayu kat malaysia nie tak faham2 yang mereka semua tu dah kena main. tapi bab punggung kena robek (pkr) tu aku tak berani nak cakap apa tapi rasa2nya memang betul kot mamat tu yang buat. Aku tengok je 16hb nie, betul ke mamat tu dapat jadi pm, kalau tidak kami para penyokong pkr akan pakat ramai2 suruh dia letak jawatan. Kat kau ada borang nak jadi pm tu ker? uploadlah.. aku pun berminat gak nie…hehehhehehe

  2. Kak chom said,

    berani ko nie. leh berkenalan

  3. wati pasoh3 said,

    amboi hang berani bersuara.apepun aku setuju dengan pendapat kau tentang senario politik kat malaysia ni lebih – lebih lagi yang melibatkan kaum melayu. dah terang lagi bersuluh kita,bangsa melayu ni dah perpecah, tiada lagi perpaduan,tiada lagi kata sepakat dan ape ape je lah.
    akhirnya melayu akan hancur ditangan bangsa sendiri.SELAMAT BERPUASA

  4. adie said,

    aku sokong apa yg kau tulis ni 100%….tak sangka ya,aku ingat semua Melayu kat Malaysia ni dah buta kayu…kau dah buktikan tidak!!!

  5. ctabnoorsina said,

    Melayu kat malaysia ini akan kehilangan segala galanya jika kehidupan berpuak dan terlalu taksub dengan seseorang terus menggila. Orang melayu ni susah nak bersyukur dengan nikmat yang dah ada. Dan juga buta sejarah bagaimana dulu kala kerana fitnah, busuk hati, iri hati dan tamak menguasai diri, mengkhianati bangsa sendiri, akhirnya bangsa melayu yang rebah.
    saya percaya jika apa yang berlaku ini berterusan, melayu pasti akan hilang didunia dan kita serta generasi seterusnya akan terus hidup sebagai hamba yang menumpang ditanah pusaka nenek moyang kita sendiri.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: