Den punyo blog


Aku masih disini.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 8, 2008

Assalammuailaikum dan salam sejahtera. Kita bertemu lagi. Terima kasih kepada anda yang sudi singgah sebentar menjenguk blog saya yang tak seberapa ni. kepada anda yang sudi mengirimkan email buat saya, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekali lagi saya jelaskan disini bahawa saya sebenarnya tidak berminat sangat untuk menulis artikel berkaitan politik ni. Bagi saya biarlah orang yang mengaku pandai lagi bijak sana diluar sana menghidupkan blog yang berkaitan politik.Tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya juga seharusnya tidak akan ketinggalan untuk mengikuti situasi terkini dan muktahir yang terjadi disekitar negara. Takkan nak buat pejam – pejam mata pulak.

Baiklah, buat sehari dua atau barangkali berhari – hari lamanya, saya dengan sedaya upaya saya tidak mahu lagi untuk menulis artikel yang boleh menyebabkan encik – encik YB tak senang tidur dan tak pulak hilang selera untuk makan. Saya juga tak nak menglamerkan diri saya dan berkawan rapat dengan en ISA, yang seterusnya akan terus mengikut kemana saya pergi. Bahaya tu! saya memang tak suka situasi tersebut. Jadi biarlah saya sama seperti saya yang sebelumnya. Masih lagi ingat anak bini woiii..

Hari ini saya takde apa nak tuliskan, maknanya takde cerita yang best untuk kita kongsikan. Sekadar borak – borak ala kedai mamak jer ni. Lagi pun bulan puasa ini tiba – tiba je pulak otak jadi tumpul.

Kita berjumpa lagi dilain kesempatan sekiranya kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kepada yang mempunyai kenangan mengusik jiwa sehingga menyebabkan air mata meleleh, meh ler kita kongsi bersama cerita anda itu. Wassalam.

Careless whisper – wham

4 Respons to 'Aku masih disini.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Aku masih disini.'.

  1. nina said,

    okay jugak blog awak ni. cuma kalau boleh perbanyakkan lagi artikel yang sedap dibaca dan boleh memjadi pengajaran kepada semua orang. Saya agak awak ni pun berbakat jugak dalam bidang penulisan cuma kalau digilap lagi tentu akan bersinar -sinar.
    Seperkara lagi, saya suka dengan pantun yang awak siar tu tapi tak berapa suka dengan artikel apa nak jadi tu. Harap selepas ini awak tak akan menulis berkaitan politik lagi. Rugi rasanya bila awak buat blog yang mampu memikat orang dengan puisi, pantun atau cerita yang best, awak selitkan pulak pasal politik. Next time boleh tulis puisi atau pantun lagi.
    semoga berjaya.

  2. nina said,

    boleh minta lagu ker kat sini.. kalau boleh saya nak minta lagu izin ku berundur drpd kump slam. Dah puas saya cari kat merata – rata tempat diinternet tapi tak jumpa.

  3. ctabnoorsina said,

    Terima kasih sebab singgah melawat blog saya. cadangan anda sebenarnya memang sungguh – sungguh saya perhalusi sejak dulu kala lagi. Saya memang minat dengan bidang sastera ni dan pernah jugaklah sesuka hati masuk pertandingan baca puisi. La ni saya sedang mengumpul bahan2 mentah untuk projek saya tu.
    kalau anda ada idea atau apa yang bagus boleh ler kita kongsi bersama. tak gitu. Permintaan lagu anda saya akan tunaikan.

  4. Zuer said,

    salam…hehahah…terusik dijiwa apabila membaca entry nie.. harap dapat post kan entry yng lebih menarik…bkan sahaja dari politik tetapi juga dari segi ekonomi, education…dll


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: