Den punyo blog


Malam kemuliaan.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 9, 2008

Salam sejahtera buat anda semua. Apa khabar hari anda hari ini. Harap anda sihat hendaknya dalam menjalani ibadah puasa yang sememangnya wajib bagi mereka yang berkemampuan. Hari ini saya nak bercerita mengenai satu malam yang lebih baik daripada malam – malam yang lain. Malam yang akan kita cari di sepuluh ramadhan terakhir. Malam lailatul qadar.

Carilah dengan sedaya upaya mu malam lailatul qadar pada malam yang ganjil di 10 ramadhan terakhir. hadis riwayat iman bukhari r.a ” mengapa kita harus mencari lailatul qadar? jawapannya kerana itulah satu satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala bersamaan 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan jibril a.s dari sidratul muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikan daripada allah s.w.t . Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik – detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah s.w.t kekal abadi iaitu di akhirat. Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril a.s dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah s.w.t menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah s.w.t kepada Jibril a.s agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad s.aw dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah s.a.w pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril a.s kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah s.w.t terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah s.w.t tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal. Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya.Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam. Allah s.w.t mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan. Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah s.w.t yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah s.w.t menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah s.w.t berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah s.w.t .  Nabi Musa a.s berkata: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”  Allah berkata: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”  Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”  Allah berkata: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”  Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”  Allah berkata: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar”  Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”  Allah berkata: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”  Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”  Allah berkata: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat nabi Muhammad s.a.w antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezeki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menerima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-  Orang yang kekal minum arak, Orang yang derhaka kepada ibubapanya, Orang yang memutuskan silaturahim dan Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari. 

Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:

“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu padamalam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.

Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub a.s, Nabi Zakaria a.s . Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.

Ibnu Hazam berpendapat, Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.  Jika Ramadan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil. Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad). Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu ” Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan. 

 Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).  Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.  Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap. Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27. Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut, Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.  Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.  Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.  Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.  Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah s.w.t dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”. 

Dalam riwayat lain,”Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap-tiap satunya terdiri 1000 mahligai”. 

Lantas dirikanlah:- 

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.

 2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim waatubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah walailaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).

 3. Sembahyang sunat tahajjud.

 4. Sembahyang sunat tasbih.

 5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”. Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan doa, beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertakbir, bersedekah, Menjaga maruah dan akhlak , Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).  Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin). 

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya .Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran. Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.  Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan  Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!.

Artikel diatas saya ambil dari kotak email saya yang bertajuk lailatul -qadar, artikel yang dikirimkan oleh  salah seorang kenalan saya ketika itu.( email bertarikh 12 desember 2001) Sekiranya terdapat fakta – fakta atau keterangan yang meragui sila hantarkan kepada saya kesalahan yang anda temui itu. Sebelum artikel ini diterbitkan saya telah pun membuat semakan dan pada pendapat saya insya allah, apa yang disiarkan adalah betul sama sekali.  Wassalam.

3 Respons to 'Malam kemuliaan.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Malam kemuliaan.'.

  1. iskandar said,

    assalammuailaikum tuan rumah, panjang artikel ni tapi memang sungguh bermakna. teruskan menulis dengan perkara – perkara yang menarik. Harap apa yang anda siarkan akan menjadi ilmu yang berguna.

  2. adie said,

    tahniah…teruskan tulis yg macam ni

  3. nazzman said,

    bagus blog anda…
    terus menulis bacaan2 ilmiah ini


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: