Den punyo blog


Istimewanya menjadi wanita.( Bahagian ke2 )

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 10, 2008

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Sambungan daripada kiriman yang telah pun disiarkan sebelum ini. Agak panjang artikel ini, diharapkan anda terutamanya yang bernama wanita dapat sedikit sebanyak ilmu. Kepada yang bernama lelaki tidak menjadi kesalahan jika anda turut membacanya. Ilmu dan pengetahuan yang ada apalah sangat kiranya kita kongsi bersama. Letih jugak nak taip artikel ni, tapi disebabkan banyak perkara yang boleh kita kongsi bersama, penat pun tidak mengapa. Selamat membaca.
51. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang kejalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya , akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
52. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat ,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memjaga auratnya iaitu memakai purdah didunia ini dengan istiqomah.
53. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
isteri yang solehah
54. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya ,
cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya  ( mas kahwin ).
55. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau , jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau taat   dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

PERINGATAN  UNTUK WANITA
1.Urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai
solat dan mengenai urusan suaminya  ( apakah ia menjalankan kewajiban-nya atau tidak ).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya  ( meminta ampun ).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal dirumah , tidak keluar kecuali atas
urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi  s.a.w. Perempuan itu aurat , maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
 wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rosulullah  s.a.w.  bersama
isteri-isterinya  ( Ummu Salamah r.a.  dan Maimunah  r.a. ) , datang saorang sahabat yang buta mataya ( Ibnu Maktum )  Rasulullah  s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk kedalam. Bertanya Ummu Salamah , ” Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami , Ya Rasulullah ? ”  Rasulullah  s.a.w.  menjawab , ” Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias  ( bukan untuk suami dan mahromnya )  adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur bagi-nya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya , maka wanita itu dimurkai Allah s.w.t sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada
dirumah serta tidak diizinkan suami  dan tidak boleh membenarkan lelaki lain masuk kerumahnya tanpa izin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati  (redha )  dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah , samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa
kerana sesuatu urusan yang mustahak   dan ia juga tidak berhak melalui jalan yang sibuk melainkan ditepi-tepinya sahaja.
12. Apabila memanggil suami akan isterinya ketempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya , akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga kepagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya , ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah , laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14.Sabda rasullulah ” Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan , maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami        mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari kiamat
 nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. ” Aku lihat api neraka , tidak pernah aku lihat seperti hari ini , kerana ada pemandangan yang dahsyat didalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita. ” Rasulullah  s.a.w.  ditanya lagi ,” Mengapa demikian Ya Rasulullah ? ” Jawab Rasulullah  s.a.w.  “Wanita mengkufurkan suaminya dan  mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepada-nya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita. ” Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka , “mengapa terjadi demikian , adakah kerana mereka berzina atau
membunuh anak atau kafir ? ” Jawab Nabi  s.a.w. ” Tidak , mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur  akan nikmat suaminya , sesungguhnya setiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki didalam neraka dan 2 kali
 ganda seorang lelaki didalam syurga.
19. ” Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.”  Hazrat Aishah bertanya , ” Mengapa wahai Rasulullah  s.a.w.? ”  Jawab Rasulullah  s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi
 kesusahan , kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak , mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji  ( bersyukur )  diatas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suamiya.  ( Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan  ( ingkar )  terhadap nikmat Allah.
Contoh-nya : Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.  ( Contoh-nya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki , rakan- rakan , alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
 
20. Dari Ali bin Abi Talib  r.a. :  Aku dengar Rasulullah  s.a.w. bersabda ,  “Tiga golongan dari umat ku akan  mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
       a. Orang yang gemuk tapi kurus
       b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
       c. Orang yang alim tapi jahil
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Khorizah Fazari  r.a.  diriwayatkan telah berkata kepada
puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu , ” Wahai anak ku , kini
engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan
berpindah kesebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah
suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu  ( taat perintahnya )  dan
ia akan menjadi langit bagi mu  ( tempat bernaung ). Jadilah engkau sebagai
lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan
berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekati mu , dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya,
pendengarannya , matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar
melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja
pada diri mu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya , ” Sepanjang hidup ku , aku hanya
memilih 8 kalimah dari pusaka  para Nabi yang lalu iaitu : –
a. Apabila engkau sedang sholat kepada  Allah s.w.t.  maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di-rumah orang lain , maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidah
mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah  s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
 
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suami nya
seperti tersebut didalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk
jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada dirumah
atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan   keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak  mampu mengajar.
d. Enggan berpindah  ( berhijrah )  bersama suaminya.
e. Mengunci pintu , tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika
suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke-dalam rumah sedangkan ia tidak
disukai oleh suami-nya.
 
24. Wajib bagi wanita  :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan  ( menundukkan )  mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan  berharga.
n. Ketahuilah , syurga dan neraka bagi saorang wanita itu bergantung
 pada redha atau tidaknya suami  pada-nya.
 
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan didalam kehidupan
seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal didalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah  ( pertolongan )  dari Allah s.w.t akan datang. Rumahtangga dirahmati
Allah s.w.t, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.
 
Amalan itu ialah :-
1. Solat diawal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahrom bersolat
ditempat dimana azan dilaungkan iaitu dimasjid atau disurau.
 2. Istiqomah membaca AlQuran dan berzikir. Hak AlQuran hendaklah khatam 2X setahun. Jadi lapangkan setiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi  ( lepas subuh )  dan petang hari ( lepas Asar )  untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih , tahmid , tahlil dan takbir
 ialah  ” Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar ”  jika mampu boleh disambung  ”  Wa la hawlawala quwatailla billahi ‘aliyil ‘azim” 100X. Selawat keatas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu
amalkanlah doa-doa masnun  doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ialah masa hendak makan , tidur , masuk dan keluar tandas dan sebagainya.
 
3. Istiqomah menghidupkan Takliim dan Taklum  ( belajar dan mengajar ilmu
 agama ). Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ialah menutup aurat , berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama  Majlis
berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua -Majlis berkenaan masalah-masalah agama  ( hukum-hakam dalam ibadat ). Wajib suami untuk mengajar  anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahrom yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah  ( mengembangkan agama ).  Secara Baironi : diluar kampung halaman kita dan Maqomi : Di-dalam qariah kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha keatas kita maka  Allah s.w.t.  akan redha keatas kita. Berzikir , berdoa , beristighfar , membaca AlQuran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi
hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.  Waallahu’alam.
 
Yang baik itu semuanya datang daripada Allah s.w.t dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah s.w.t ampunkan kesilapan dan kesalahan saya dengan menyiarkan artikel ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq
dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang
lain.
Amiin Yaa Robbal ‘Alamiin

3 Respons to 'Istimewanya menjadi wanita.( Bahagian ke2 )'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Istimewanya menjadi wanita.( Bahagian ke2 )'.

  1. iskandar said,

    a’kum tuan rumah. Panjangnya ko nyer entri ni.. berapa jam ko menaip nie.. apa pun mana2 perempuan yang baca ni akan dapatlah pengajaran sedikit sebanyak. Aku lom kawin lagi ini. Aku ingat ko ni orang tabligh kot. apa pun selamat untuk ko dunia akhirat.

  2. wati pasoh3 said,

    a’kum geng..lepas ni ceriakanlah laman blog kau ni dengan warna2 menarik.maksud aku dengan gambar2 yang ceria. Bukan setakat membaca artikel sahaja mata pun nak gak dijamu dengan warna dan gambar yang menarik. Sebagai contohnya kau ambik la gambar kebun kita tu yang pokok sawit tengah nak naik.

  3. ctabnoorsina said,

    sememangnya blog nie dibuat untuk bab bab yang ada kena mengena dengan penulisan aje. Tapi kalau ada permintaan nak tengok gambar, nanti kawan akan cuba ikhtiar nak letak gambar apa kat blog nie. Mungkin kawan boleh letak gambar hamster kawan tu ker atau gambar sekolah kawan. setuju tak?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: