Den punyo blog


Istimewanya menjadi Wanita..

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 10, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sekadar renungan buat semua insan yang bergelar wanita atau perempuan. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Semoga artikel ini dapat anda baca, kemudian berniat untuk diamalkan dan seterusnya disampaikan kepada mereka yang lain. Insya allah, semoga anda akan  diberkati yang maha esa.

Istimewanya wanita kerana

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah  s.a.w. akan hal tersebut , jawab baginda : ” ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 
2. Wanita yang solehaha ( baik )  itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
4. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah  s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke-atas tubuh-nya.
5. Barangsiapa yang membawa hadiah  ( barang makanan dari pasar ke-rumah )lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail  a.s.
6. Tidaklah seorang wanita yang haid itu , kecuali haidnya merupakan> kifarat  ( tebusan )  untuk dosa- dosanya yang telah lalu dan apabila pada hari pertama haidnya membaca ” Alhamdulillahi ‘alaa Kulli Halin Wa astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.” ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa , bahkan Allah  s.w.t.  mengangkatnya ke atas darjat , seperti darjat-nya 40 orang mati syahid , apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama
haidnya.
7. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
( Rasulullah  s.a.w.)  didalam syurga.
9. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya
adalah syurga.
9. Daripada Aisyah  r.a. ” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
10. Syurga itu di-bawah telapak kaki ibu. 
11. Apabila memanggil kepada kita kedua- dua  ibu-bapa mu , maka jawab-lah panggilan ibu mu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak di-hisab.
14. Wanita yang taat kepada suaminya , semua ikan-ikan dilaut , burung diudara , malaikat dilangit , matahari dan bulan , semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya.( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).
15. Aisyah  r.a.  berkata  ” Aku bertanya kepada Rasulullah  s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? ” Jawab baginda ,  ” Suaminya ”  ” Siapa pula berhak terhadap lelaki ? ”  Jawab Rasulullah  s.a.w.  ” Ibu-nya “.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu , berpuasa
 wajib sebulan  ( Ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya , maka pasti akan masuk syurga dari pintu  mana saja yang dia kehendaki.
17. Setiap isteri yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah
s.w.t.  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya  ( 10,000 tahun ).
18. Apabila seseorang isteri mengandung janin dalam rahimnya , maka
 beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah  s.w.t.  mencatatkan bagi-nya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah
s.w.t.  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah  s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekira-nya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin , dia akan
di-kira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(  susu badan )  akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang di-berikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh  ( 2 1/2 tahun ) ,
maka malaikat-malaikat di-langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis ,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan di-ampunkan oleh  Allah akan seluruh dosanya dan bila di-hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya , maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya ,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki
yang tidak soleh dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu , maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga , yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana isteri yang menunggu suaminya hingga pulanglah suaminya ,disapukan muka-ya , dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya , memperelokkan hidangan padanya , memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya  pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah , maka disunatkan baginya akan setiap kalimah ucapannya , setiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan saorang hamba. Pada hari Qiamat kelak , Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada saorang pun yang sampai kemartabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang
 dan malamnya menggembirakan suaminya. 
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah s.w.t dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang kerumah didalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.
39. Dari Hazrat Muaz  :  Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api , maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Tsabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya ,dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu , maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat  ( kemuliaan pada
perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya ).
41. Pada suatu ketika diMadinah , Rasulullah  s.a.w.  keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya ,  ” Adakah kamu menyembahyangkan mayat ? ” Jawab mereka , ” Tidak ”  Sabda Baginda  ” Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah dirumah dan berkhidmatlah
kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat- ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan  ” Bismillah ”  akan
 didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan  ” Bismillah ” , Allah akan
berkatkan rezeki-nya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai diBaitullah.
45. ” Wahai Fatimah , untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti , Allah s.w.t akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka , jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. ” Wahai Fatimah , bagi setiap wanita yang memintal benang , Allah s.w.t akan mencatatkan untuknya  perbuatan baik sebanyak utus benang yang di-buat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. ” Wahai Fatimah , untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya , Allah s.w.t telah menentukan  satu tempat khas untuknya diatas takhta dihari akhirat.”
48. ” Wahai Fatimah , bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak- anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan
kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang
tidak berpakaian.”
49. ” Wahai Fatimah , bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anak-nya,menyikatnya , mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu , Allah s.w.t akan mencatatkan untuknya pekerjaan baiksebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri dimata orang-orang yang memerhatikan-nya.”
50. Sabda Nabi  s.a.w. :  ” Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya , memotong misai dan mengerat kukunya , Allah s.wt akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta di-ringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah s.w.t baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul.”

Bersambung dipertemuan yang selanjutnya.  Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: