Den punyo blog


Aku dibulan puasa.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 14, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Anda apa khabar? Harap sihatlah hendaknya disamping menjalani ibadah puasa. Hari ini dah pun 14 hari kita berpuasa. Mungkin ada diantara anda yang sedang berehat dihujung minggu atau sibuk membeli belah bagi persiapan hari raya nanti. Tak kurang juga yang sibuk tolong isteri kesayangan anda buat kuih raya. Buat lebih sikit bang, kawan – kawan ramai yang nak datang nanti.

Bercakap pasal tolong menolong ni, saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh MINAH LETER dalam ruangan pojoknya di majalah gila – gila keluaran oktober ( muka depan perli kontraktor tu ) mengenai siapa yang buat kerja rumah tangga terutamanya bab memasak. Isteri saya sikit punya suka bila minahleter kata kitab mana yang ada beritahu bahawa semua kerja rumah alias memasak, membasuh serta mengemas kaum perempuan yang kena buat. Bebelan minah tu berpunca daripada satu program radio yang mengundang seorang pakar motivasi, dimana pakar motivasi tersebut bermotivasi mengenai cara – cara untuk berjimat dibulan puasa. Katanya untuk menjimatkan belanja apa kata kita pakat – pakat masak dirumah. Persoalan minah tu, Siapa yang nak masak? Sebab minah tu kata hampir 80% perempuan dimalaysia ni jenis yang berkerja dan jenis yang suka tolong laki cari duit lebih. Betul ke? Ditambah pula dengan fakta yang kaum lelaki ni jenis yang sekolah tak berapa nak tinggi dan tak berapa nak cukup makan. Disebabkan itulah minah tu tak setuju langsung dengan saran pakar tersebut supaya dibulan puasa ni kalau nak berjimat kena masak kat rumah.

Bagi saya mungkin ada kebenaran kata – kata minah tu. kalau ikutkan sifir pembelajaran dinegara kita sekarang ni, yang masuk “U” tu memang ramai diisi oleh perempuan. Dah yang lelakinya tak berapa minat nak join sama. Tak boleh kata apalah. Cuma bab yang tolong – tolong bini saya tak berapa nak setuju terutama bab yang berkaitan dengan makan – makan ni.

Saya dalam bab memasak ni boleh le dikata tak berapa nak terror. Takle sesedap masakan yang dibuat oleh my mom. Tapi dalam tak berapa nak terror tu, kalau dah terdesak bolehlah. Jadi agaknya dah ditakdirkan sepanjang bulan puasa ni masa saya banyak dihabiskan didapur.( orang rumah balik kerja lambat woo – kalau hari biasa saya lah yang balik lambat, balik jer rumah makan already untuk dimakan). Bulan puasa ni pulak tekak asyik meragam jer. Nasib baiklah tauke kedai tu faham – faham je dengan selera saya ni. Jadi tak berapa nak haru le bila cari bahan mentah tu. Pendek kata sepanjang bulan puasa ni, saya memang le mengikut nasihat pakar motivasi tersebut supaya masak je dirumah. Penat jugak bang! baru saya tahu agaknya cam tulah yang bini saya rasa bila dia balik kerja je terus layan kerja kat dapur pulak.

Hati lembu goreng masak kicap.

Hati lembu goreng masak kicap.

Hati lembu goreng masak kicap seperti gambar diatas adalah hasil kerja saya petang semalam. My bini pun kata sedap gak. Memang le sedap sebab dah seharian berpuasa apa yang ada pun jalan. Ada pulak goreng sayur taugeh plus timun tauhu goreng yang jadi ulamnya. Jadi disini saya nak beritahu pada anda semua( bukan nak bangga ), dimalaysia ni saya juga merupakan salah seorang suami yang suka tolong bini, malah ramai lagi insan – insan yang bergelar suami diluar sana, ringan tulang untuk membantu isteri masing – masing dalam menguruskan rumah tangga.

Saya percaya, akak minah tu tentu bangga dengan para suami yang begini. Dan lagi le bangganya akak tu jika suami akak tu ( jika dah ada suami ) sama seperti kami. Setakat ini sahaja pertemuan kita. Kita jumpa lagi dilain kesempatan. Wassalam.

Izin ku berundur – Slam ( lagu yang diminta oleh nina – kalau tak silap)

Jangan kau ucap selamat tinggal – fotograf

Moga sempurna – Lipan bara

Badai – Mega

2 Respons to 'Aku dibulan puasa.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Aku dibulan puasa.'.

  1. Zuer said,

    terliur aku tengok hati masak kicap tu…. nak beli hati ler…nak masak kicap gak…mana plak nak cari hati lembu petang2 nie? ermm beli jer lah…
    tu pun kalau ada juala kat bazar ramadhan !!!! kannnn

  2. azlina said,

    Hidup minahleter. Hidup minahleter!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: