Den punyo blog


Melayu semakin teruk.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 17, 2008

Apalah nak jadi dengan melayu alias islam kat malaysia ni. Keadaan makin teruk malah makin memualkan saya. Saban hari pak lah dikutuk dihina dan dikeji sesama sendiri. Ada pulak yang gila nak berkuasa tetapi belum dapat mengecapinya lagi. Saya sekarang ni dah sampai tahap meluat nak ikuti perkembangan poltik tanah air. Makin menyesatkan malah semakin hampir kearah kemusnahan. Siapa yang akan menikmati kemusnahan itu? Orang melayu. Padanlah muka orang melayu kalau kemusnahan itu yang anda semua inginkan.

Saya ingin tanya pada anda semua, kalaulah paklah tu letak jawatan pada hari ini, adakah semua masalah yang berkaitan dengan melayu akan selesai? Kata hati saya yang jujur,tidak!. kalau pak lah serahkan jawatan nya pada masa ini, tidak sama sekali akan menyelesaikan masalah sebab keadaan sekarang melayu dah hidup berpuak – puak. Sebab? Sebabnya dek kerana KUASA. Gagal mempertahankan ketuanan melayu. Inilah yang dinamakan melayu makan melayu. Melayu bunuh melayu. Bawak – bawaklah sedar wahai kaum ku. Apa lagi yang anda semua mahukan kerana hanya menyokong perjuangan seorang insan yang tidak ada gunanya pada kita. Kepandaiannya hanya berpidato dan berhujah tapi gagal mempamerkan ciri -ciri sebagai seorang pemimpin. Saya bukanlah cerdik pandai agama tetapi kalau tak silap saya seseorang yang meminta untuk jadi pemimpin hanya untuk dapatkan kuasa dan pangkat, tidak akan ada kesudahannya. Menimbulkan kemarahan allah s.w.t lagi.

Melayu sekarang mudah sangat diperkotak – katikkan. Samada secara terang – terangan mahupun secara halus. Takkan itu semua anda tidak nampak. Buta kayu betul. Idealogi yang dibawa oleh seorang yang bernafsu besar untuk jadi P.M amatlah mengarut, busuk dan bernanah. Adakah anda mahu negara kita ini hancur kerana dia. Fikirlah, disebabkan kebanggangan anda yang menyokong ideanisme beliau yang haprak, habis hancur lebur semuanya yang kita ada. Seperkara lagi, PAS contohnya, saya langsung tidak respek dengan parti tersebut sejak dua menjak ni. Kalau dulu boleh le ikut sikit – sikit tapi sekarang ni sorrylah. Banyak sangat penyelewengan ke arah dasar bukan islam. Cakap tak serupa bikin. Macam konpem jer masuk syurga tapi tak sedar bawak orang lain ke neraka. Anda yang jadi pemimpin  lagilah banyak kena soal jawab bila mati sok. Takkan tak baca kitab. Kata pakar agama tapi mengutuk orang anda nombor satu. Serahlah kat parti anda. Tapi dalam bab mempertahankan islam. Hancus! Diam membisu seribu bahasa. Kamonlah, jangan dayus dalam memperjuangkan islam. Kalau tidak tukar aje nama parti tu yang tak menyebut islam langsung. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya anda jadi pak turut kepada mamat tu demi memuaskan nafsu besar beliau. Lagi besar nafsunya daripada george bush.

Saya sebenarnya bukanlah penyokong fanatik UMNO, tak jugak ahli UMNO. Tapi saya sedar kehidupan yang telah disempurnakan oleh pejuang –  pejuang nan silam memodenkan kehidupan saya. Mereka yang berpuak – puak didalam umno haruslah mencermin diri masing – masing kemudian bermuhasabah untuk membetulkan apa yang tidak betul. Kalau dah melayu pun hentam melayu, siapa yang nak bela melayu. Bangsa lain? Malam siang selama 60 tahun pun belum tentu mereka setuju nak tolong seperti mana bangsa yahudi yang telah dilaknat oleh allah s.wt dan cuba anda renungkan kenapa bangsa yang telah dilaknat allah s.w.t boleh berjaya mencipta nama keserata dunia, menjadi raja dunia yang digeruni. Boleh tolong jawabkan untuk saya? Kalau tak boleh saya akan jawabkan sebab mereka bangsa yang erat perpaduannya. Tengok apa yang jadi pada islam di iraq, alahai.. takkan tu tak boleh fikir. Bangsa yahudi saling tolong menolong sesama mereka. Itu pasal ler susah untuk menjatuhkan mereka sebab ekonomi dalam tangan mereka. Disebabkan itulah selagi umat islam tidak bersatu jangan kata nak hapuskan bangsa yahudi, nak jentik pun tak boleh. Contohnya dibumi palestin, insyaallah jika islam dah bersatu, batu dan kayu pun akan berkata supaya baling mereka ( kayu dan batu ) ke arah yahudi tersebut. Saya mengharapkan puak – puak dalam umno agar bersatulah daripada sekarang supaya selepas ini tiada lagi berani akan mereka yang berkenaan mengambil kesempatan. Fahaman politik sempit tu buanglah jauh – jauh. Cukup – cukuplah dengan apa yang anda ada. Kepada mantan p.m kita, jika kemasukkan anda kedalam umno mampu untuk menjernihkan sesuatu, eloklah tetapi janganlah jadi seperti singa bertaring didalam kandang, menyembunyikan diri bila berada dihutan. Janganlah pula anda memporak perandakan apa yang dah sedia kusut. Itu semua akan jadi bahan ketawa pihak lawan waima daripada orang melayu sendiri. Anda telah banyak berjasa kepada bangsa melayu jadi tidak salah jika anda terus menaburkan jasa. Kepada puak – puak yang tak sabar – sabar nak suruh paklah serah jawatan nasihat saya yang kerdil nie, tahun 2010 tu tak lama mana pun, pejam celik  dah sampai detiknya. Masa dunia beb! teramatlah cepatnya. Beri peluang dan sokongan pada beliau untuk terus mentadbir negara. Takutlah pulak dalam dok leka kita mencaci, menyumpah atau mencarut beliau, umur beliau semakin panjang pulak,sihat tubuh badan, yang kita pulak umur makin pendek. Tuhan marah tau bila mana umatnya mencaci, mengumpat dan mengeji sesama sendiri.

Dimalaysia, orang melayu yang mengaku islam kepandaiannya ialah membuat fitnah, mengadu domba serta gilakan kuasa. Bagi mereka apa yang kerajaan buat sekarang semua zalim. bila buat ini rakyat menderita. Saya tak pernah pulak rasa tersiksa atau menderita tak cukup makan. Okay je. Saya bukan tinggal kat negara afrika yang saban hari tak cukup makan tapi dimalaysia yang saban hari terlebih makan. Persoalan saya sekarang adakah anda bila jadi pemimpin mampu untuk memuaskan hati 27 juta rakyat malaysia. Mampu untuk berlaku adil dan juga memberi kemewahan kepada rakyat.

Kepada mangkuk tingkat yang asyik dok main teka teki nak jadi p.m, lepas nie hang cakaplah dengan dinding atau cermin ajaib anda bila agaknya dapat jadi p.m. Dah naik muak dah dengar ayat ” saya sudah ada senarai mereka yang akan lompat dan akan turut serta bersama kita membentuk kerajaan”. Dah nak pitam ni…. anda pengecut ya amat. Pandai berkata – kata tetapi gagal membuktikan kebenarnya.

Kita jumpa lagi untuk edisi tak puas hati dilain kesempatan. Saya bersama barangkali jutaan rakyat malaysia yang lain berdoa agar allah s.w.t tidak menjadikan impian anwar ibrahim untuk jadi P.M demi kemakmuran, kesejahteraan serta kebahagian kami rakyat malaysia. Amin.

4 Respons to 'Melayu semakin teruk.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Melayu semakin teruk.'.

  1. adie said,

    Tahniah!!! Tahniah!!!! Tahniah!!! Tahniah!!!! Tahniah!!! Tahniah!!!! Tahniah!!! Tahniah!!!! Entry yg sangat bagussssssssssssss!!!! Alhamdulillah….masih ada lagi orang Melayu Islam macam kau kat Malaysia ni kan….Teruskan dengan tulisan2 dan entry2 yg macam ni di masa hadapan.TQ…Allahu Akbar!!!

  2. iskandar said,

    adakah anda seorang wartawan yang begitu bersahaja menulis tetapi penuh keyakinan dan fakta yang munasabah. Teruskan penulisan yang sebegini moga – moga ada melayu yang terbuka mindanya.

  3. ctabnoorsina said,

    Harapan saya sama seperti anda en iskandar.

  4. nazzman said,

    tahniah…teruskan menulis


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: