Den punyo blog


Masam – masam manis.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 20, 2008

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kotak email saya telah dihujani dengan pertanyaan oleh 5-6 orang pelawat yang saya rasa kebanyakkanya adalah perempuan barangkali yang mahukan saya menceritakan sepenuhnya apa yang MINAHLETER tulis di dalam pojoknya dimajalah gila – gila. Antara alasannya biar suami mereka baca. Waduh! saya sebenarnya amatlah terasa kesukarannya untuk mencampuri urusan rumah tangga orang ni tetapi demi membuktikan apa yang ditulis oleh minahleter itu, maka saya siarkan apa yang telah diterbitkan oleh majalah gila – gila edisi september 2008. Saya telah pun “menscan” artikel tersebut tetapi nampak sedikit blur. Jadi untuk memudahkan anda membaca artikel berkenaan dengan lebih puas hati, apa kata belilah gila – gila keluaran september yang telah lama berada dipasaran. Saya sekarang ni sedang dok tunggu isu oktober 2008.  Harga pun kira stabil lagi tu – rm5.50.

 Boleh baca ke tidak? kalau rasa – rasa macam tak berapa nak nampak gunakanlah kanta pembesar tanpa segan silunya. Tiada siapa yang nak marah. Moga – moga ada hati istei yang berpuas hati dan juga harap – harap ada pula terbuka minda insan lelaki yang bergelar suami mahupun yang akan mendapat gelaran itu selepas raya ni.

Dibawah ini saya sertakan beberapa lagu raya yang sempat saya upload. Semoga terhibur.

Selamat berhari raya – Rahimah rahim.

Bersama dihari raya – Cenderawasih

Senandung raya untuk mu – Dayang ku intan

Selamat hari raya – sharifah aini & uji rashid

Hari raya tetap tiba – Sweet september

Hari raya dilebuhraya – Nakkal

Indah dihari raya – Ziana Zain

Raya – Jalil Hamid

Seminggu berhari raya – Senario

6 Respons to 'Masam – masam manis.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Masam – masam manis.'.

  1. azlina said,

    bagaimana caranya untuk berkenalan dengan minahleter tu. Saya sokong apa yang ditulis oleh minahleter. Kepada anda yang menulis blog ni, jika ada idea yang bernas lagi menarik boleh ler anda kongsi bersama.

  2. Zuer said,

    ermmm kalau nak masak kat umah pun mahal gak..? semua barang mentah dah naik kan?

  3. fatimah osman said,

    ambil masa jugak nak baca tulisan minahleter. Minah leter tu dah kahwin ker belum? Tapi memang saya setuju habis dgn minahleter. orang lelaki ni kebanyakannya pemalas, dan saya memang setuju sebenarnya dalam kitab mana pun tiada yang beritahu semua kerja rumah tu perempuan yang buat. Kita pun berkerja jugak untuk tolong laki kita. eh! penulis blog nie pompuan ker lelaki? hidup minah!

  4. riz said,

    Saya setuju sangat dengan apa yang ditulis oleh minahleter. Zaman sekarang ni mana ada perempuan yang sepenuh masanya duduk rumah jadi surirumah tangga( full time house wife). Jadi lelaki yang bergelar suami ni pun kenalah tolong apa yang patut dirumah. kalau isteri yang fulltime duduk rumah tu pun suami kena sediakan keperluan yang menyenangkan isteri.
    kepada penulis blog, anda memang pandai mencari bahan dan pandai jugak menulis. Saya jarang sekali membeli gila – gila, tapi tak sangka pulak bahan penulisan dimajalah itu ada yang berbentuk pengetahuan walaupun ditulis dalam kata – kata atau ayat yang gila – gila.Andai kata anda bahan yang menarik yang mana kami terlepas pandang, boleh ler anda kongsi. Kepelbagaian anda menulis menunjukkan anda sebenarnya berfikir luas. tahniah…

  5. along said,

    a’kum, amboi!amboi! dan amboi!. Yang sokong tulisan minahleter tu dah tu le korang perempuan, aku plak tak setuju 50% je dengan apa yang dia tulis. Jangan le hina kaum lelaki. Tapi sedar tak yang minah tu hina laki korang jugak ( kalau korang dah berlaki le) Kepada Minahleter, bila boleh jumpa. Isu besar nie.

  6. ctabnoorsina said,

    selamat sejahtera, sebenarnya ada beberapa lagi komen yang saya terima seperti along yang tak berapa nak setuju dengan minahleter. oklah, bagi saya mana yang baik kita ambik untuk jadikan panduan hidup kita. mana yang tak berapa nak baik tu kita tolak tepi. Komen – komen yang anda berikan amatlah saya hargai. Malah ada juga yang menyuruh saya menulis berkaitan dengan politik.( tengoklah nanti ) Mana – mana komen yang saya tak siarkan disini, janganlah marah. Tak naklah nanti wujud pulak satu ketidak tentuan antara anda semua. Saya balas komen anda menerusi e-mail saja. Bye


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: