Den punyo blog


Puisi bulan puasa.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 21, 2008

Lawak Ikan Tongkol.

 

Menantikan kehadiranmu

Pada setiap penghujung petang

Umpama aku berjalan keseorangan

Ditanah gersang, kontang dan suram

Tiada berteman tiada berkawan

Semuanya hilang daripada pandangan

 

Menantikan kehadiranmu

Pada setiap penghujang petang

Aku pasrah dengan persekitaran

Cukup membuatkan hati tidak tenang

Hidup bagai dalam perlarian

Menghitung detik perjuangan

Samada sampai ke garisan

Atau terkandas dipertengahan

 

Hati yang semakin curang

Pada masa yang semakin mencengkam

Cemburu melihatkan kesenangan

Kesabaran menjadi penghalang

Agar diri mampu bertahan

Menantikan berakhirnya satu perjuangan.

 

Aku masih disini

Dalam letih menanti hadir mu

Walau berirama seribu bahasa

Berdondang sayang berlagu riang

Tidak akan ku menyerah kalah

Kerana detik kemenangan pasti akan tiba

 

Menantikan kehadiran mu

Detik demi detik dihitung satu persatu

Seminitnya yang tinggal tidak tertanggung bebannya

Kerana gulai kari ikan tongkol

Pembuka selera berbuka puasa

Masakan daripada ibunda tercinta.

 

Gulai kari ikan tongkol? Ish! Lambat lagi nak berbuka ni. Dah lama jugak tak perkena kari ikan. Ikan tongkol ni sebenarnya popular dengan nasi dagang je kot. Dah itu je ikan yang sesuai dan sajak untuk diregukan dengan nasi tersebut. Bagi saya kalau gulai masak kari ikan tongkol ni kena pulak dicampur terung ker, bendi ker memang sedap. Harga ikan ni pun ditahap stabil lagi. Maknanya kalau tak berkemampuan nak beli ikan merah yang harganya dah mencecah RM20 sekilogram, beli jer ikan tongkol baru RM8 sekilogram. Saya yang selalu kepasar beli barang – barang keperluan dapur.Jadi bab turun naik harga barang ni saya dah kira katam Berapa rm kah harga sekilo ayam proses ditempat anda? Ditempat saya baru RM6.70 sekilogram. 

 

Semoga anda waras dalam berbelanja. Beli ikut keperluan dan jangan membazir bila berbelanja. Jadilah pengguna yang bijak dan prihatin. Sampai berjumpa lagi.

Satu Respons to 'Puisi bulan puasa.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Puisi bulan puasa.'.

  1. riz said,

    a’kum. Sajak nak menanti berbuka ker tu? Berbakat jugak anda ni. Teruskanlah lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: