Den punyo blog


Makna Penampar.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 22, 2008

Seorang pemuda yang lama bersekolah di negeri asing  kembali ke tanah airnya. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya  untuk  mencari seorang guru  agama, kiai atau sesiapa pun yang bisa menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu  mendapatkan orang yang dikehendaki oleh anaknya.
 
Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab   pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya   saya akan menjawab pertanyaan anda
Pemuda : Anda yakin? sedang Profesor  dan banyak lagi  orang yang pintar tidak saja  mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiai  : Saya akan mencuba sejauh kemampuan  saya
Pemuda : Saya ada 3 soalan untuk anda jawab.
1. Kalau  memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujudnya Tuhan kepada  saya
2. Apakah yang dinamakan  takdir.
3. Kalau syaitan diciptakan dari api  kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat daripada api, tentu tidak menyakitkan  buat  syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak  pernah  berfikir sejauh itu?
 
Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si pemuda  dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah  kepada  saya?
Kiai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya diatas 3 soalan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya  sungguh-sungguh tidak  mengerti?
Kiai :  Bagaimana rasanya tamparan  saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit
Kiai : Jadi anda percaya   bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya
Kiai : Tunjukan pada saya wujudnya sakit  itu !
Pemuda : Saya tidak mampu.
Kiai : Itulah  jawapan pertanyaan pertama:  kita semua merasakan kewujudan allah s.w.t tanpa kita mampu melihat kewujudannya.
Kiai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar  oleh  saya?
Pemuda : Tidak
Kiai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan  menerima satu  tamparan daripada saya  hari ini?
Pemuda :  Tidak
Kiai :   Itulah yang dinamakan Takdir
Kiai : Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan  untuk  menampar anda?
Pemuda : kulit
Kiai : Terbuat dari apa pipi  anda?
Pemuda : kulit
Kiai : Bagaimana rasanya tamparan  saya?
Pemuda :   sakit
Kiai : Walaupun  Syaitan tercipta daripada api dan Neraka pun daripada api, jika Tuhan berkehendakkan maka Neraka akan  menjadi tempat paling menyakitkan untuk syaitan.

Moral daripada cerita diatas janganlah tanya soalan yang bukan – bukan kalau tak nak kena penampar. Ingat tak sakit ke kena tampar tu, silap – silap boleh jadi mereng.

Satu Respons to 'Makna Penampar.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Makna Penampar.'.

  1. iskandar said,

    teruskan menulis dengan entri sebegini…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: