Den punyo blog


Selamat hari raya aidilfitri.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di September 29, 2008

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Pejam celik, pejam celik tanpa kita sedari ramadhan dah sampai kepenghujungnya. Seperti mana setianya kita menanti kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, kesedihan juga yang mengiringi perpisahan sementara waktu ini. Mahu tak mahu, nak tak nak kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bulan yang sentiasa dipenuhi pahala dan ganjaran – ganjaran yang telah dijanjikan oleh allah s.w.t . Bulan yang mana terbukanya segala pintu syurga dan tertutup pula pintu neraka. Barangkali jika dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki kita akan bertemu lagi dengan ramadhan al mubarak ditahun yang mendatang.

Saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan salam lebaran buat anda semua tidak kira dimana jua anda berada. Ampun dan maaf yang saya pinta jika disepanjang saya mengendalikan dan menulis di blog ini terdapat tutur kata atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda semua. Buat silap bukan sengaja, kadang – kadang tersasul juga. APALAH SANGAT kirany dibulan yang mulia ini kita bermaaf – maafan. Yang dah selamat sampai dikampung halaman, semoga gembira bertemu dengan ahli keluarga serta sanak saudara. Yang dalam perjalanan dan barangkali harus menempuh pula perjalanan yang masih lagi panjang, hati – hati dan ambil cara pemanduan yang selamat. Berehat seketika jika permanduan anda telah pun melebihi 2 jam. Kalau pun bukan untuk anda tetapi untuk insan – insan tersayang yang ada bersama anda.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan – rakan yang selama ini memberi tunjuk ajar kepada saya demi untuk mengwujudkan blog yang tak seberapa ini. Moga –  moga kita akan bertemu lagi jika diberi kesempatan. Jaga diri anda baik – baik. Wassalam.

p/s Salam lebaran juga buat semua sahabat klfm, dulu sahabat yang aktif jugak – ultramantaro( terbaca coretan diblog djirwanshahrir( http://djirwansyahklfm.blogspot.com teringat pula kenangan syahdu bersama anda dikonti klfm semasa pertandingan puisi kemerdekaan klfm2005) Semoga anda semua gembira dihari raya ini. Tak lupa juga rakan – rakan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Batu Kikir tahun 1991/92. Dimana anda semua?

2 Respons to 'Selamat hari raya aidilfitri.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Selamat hari raya aidilfitri.'.

  1. azieazah said,

    Salam… masih muyskil… Puisi Merdeka KLFM 2005…

    Anda yang mana satu?

  2. ctabnoorsina said,

    salam sejahtera untuk anda. saya ialah…. ultraman taro… hehehehehe.. lama tidak mendengar khabar berita daripada anda. Anda sihat? Semoga ceria hendaknya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: