Den punyo blog


Seminggu berhari raya.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Oktober 8, 2008
Assalammualaikum, salam sejahtera buat anda semua. Alhamdulilah, selamat sudah aidilfitri kita untuk tempoh seminggu ni. Bagi mereka yang dah bertugas, selamat bertugas diucapkan. Agak – agak lepas ni mesti pening kepala bila fikir bajet yang “terover dos” masa raya tempohari. Ada juga yang pening ( barangkali ) sebab banyak sangat dapat jemputan “open house” hingga tak tahu nak pilih rumah yang mana satu.

Saya kat sini macam biasalah, sekadar memenuhi jemputan apa yang termampu aje. Tapi yang pastinya dok tunggu jugak ni jemputan daripada puan besar kot – kot ada buat rumah terbuka. Masa raya saya kerja macam biasa jugak ( sempat jugak le balik kampung belah orang rumah) ada kesempatan  pergi jugaklah beraya rumah jiran tetangga serta sahabat yang berdekatan. Raya ni meriahnya lebih pada kanak – kanak aje. Macam saya ni yang dah separuh dah nak tua dan separuh lagi ala – ala remaja ni, kemeriahannya sekadar nak memberi duit raya aje.

Manisan atau halwa yang menjadi tradisi setiap kali raya.

Manisan atau halwa yang menjadi tradisi setiap kali raya.

Tempat saya popular dengan nama beluluk. Tempat lain ada yang panggil buah kabung

Tempat saya popular dengan nama beluluk. Tempat lain ada yang panggil buah kabung. Sebenarnya kita boleh mewarnakan manisan tersebut dengan warna yang kita suka. merah ke, hijau ke . Ikut suka andalah.

Mesti ramai yang kenal dan tahu sangat dengan manisan seperti gambar diatas.Beluluk atau buah kabung. Disebabkan kepayahan dan keperitan mencari serta menyiapkan manisan tersebut, maka harganya pun boleh ler dikatakan memeritkan jugak. Tapi berbaloilah sebab alah membeli menang memakan. Dah le sekarang ni pokoknya makin susah nak cari. kalau dulu tepi sawah bendang senang – senang je boleh jumpa, sekarang ni sendiri mau ingatlah. Jadi kalau nak jugak merasa, beli jugaklah.

Sekianlah untuk kali ini. Semoga raya tahun ni akan terbina kemesraan sesama kita, mungkin akan tersimpul rapi juga sebuah ikatan atau akan hilang juga seribu kerinduan yang terpendam bila mana kita bersua dengan orang tersayang. Bagi anda yang akan memandu, selamat memandu dan semoga selamat tiba ketempat yang dituju. Wassalam.

3 Respons to 'Seminggu berhari raya.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Seminggu berhari raya.'.

  1. riz said,

    a’kum sedara. Pertama kali saya berkenalan dengan halwa yang ditunjukkan seperti dalam gambar tu. Ceritalah cara pembuatannya. Halwa tu berasal daripada pokok apa? banyak yang musykil ni. Nampak macam sedap tapi kenapa pulak namanya sebegitu rupa. Sori sebab saya ni orang perak.

  2. noor azlina said,

    asalnye dari pkok kabung…..menurut orang tua2 dahulu…buahnye adalah makanan kesukaan musang….tapi sekarang manusia pun dah jadikan dia sebagai halwa…

    dah nama nye pokok kabung….so halwanya di ambil sempenana pkoknye lah….

  3. ctabnoorsina said,

    Terima kasih sebab maklumat daripada noor azlina. Tahun depan jika panjang umor blog ni. saya akan terangkan dengan lebih lengkap lagi cara nak menyediakan halwa nie. bukan kerja mudah beb!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: