Den punyo blog


Nostalgia punya cerita.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Oktober 20, 2008

Assalammualaikum. Hai. Arigato. Setiap lagu yang tersenarai dibawah ini mempunyai cerita yang tersendiri. Pahit manis, suka duka, sedih dan gembira melingkari di setiap perjalanan kita. Saya akan cuba berkongsi dengan anda apa jua lagu yang ada dalam simpanan saya. Dalam stor dirumah saya tersimpan sejumlah album lama( kebanyakkan nya rock era 80an ) dalam bentuk kaset. Saya tak berapa nak tahu macam mana nak convert lagu dari kaset untuk dijadikan mp3. kalau ada yang gheti dan mahir meh ler kita kongsi bersama. Paling tidak kita sama – sama menghayati khazanah seni yang lahir ketika zaman mereka yang sebaya saya sedang nak membesar. Waktu itu berjenis – jenis nama kumpulan rock muncul.

Kebanyakkan teman – teman lama semasa persekolahan, SEK MEN FELDA PASOH 2( tingkatan 1 hingga 3) dan SEK MEN BATU KIKIR SESSI (tingkatan 4 dan 5, 1991/1992) dulu entah kemana menghilang. Ghaib tanpa sebarang khabar berita. Harap – harap adalah perancangan masa depan untuk buat majlis temu semula yang mana akan menjadi medan pertemuan untuk kita sama – sama mengingati dan menyusuri kembali zaman – zaman “kehenseman dan kemachoan serta keayuan” ketika bergelar pelajar. Kadang – kadang terkenang juga pada cikgu – cikgu yang mengajar pada tahun berkenaan di SMBK, Cikgu kelas saya masa tingkatan 4 ( aliran sastera ) cikgu sutinah. Cuma yang saya teramat perasan ketika ini bila mana cikgu displin yang pernah mengajar subjek sejarah ketika saya ditingkatan 5 dulu, dah jadi Pengetua Kanan di sekolah yang sama.

Memburu Bayangan – Arena

Takdir cinta – Crossfire

Penjara -Kris

Sketsa sebuah cinta – May

Cinta mistik – Medicine

Wajah mu dimata ku – melissa

Harapan – Wings

Demi cinta ini – Febians

Semoga lagu – lagu yang disiarkan disini akan menggamit kenangan yang tak bisa dilenyapkan daripada kehidupan kita. Kepada rakan – rakan yang sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni dan sudi pulak memberi komen dan jugak minta lagu, saya ucapkan terima kasih. Seperti yang telah diberitahu sejak dulu kala lagi, lagu hanya saya titipkan diblog saya ini jika ada permintaan.

7 Respons to 'Nostalgia punya cerita.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Nostalgia punya cerita.'.

  1. budakpasoh said,

    masing-masing dah bawa haluan sendiri. dah ade kehidupan sendiri. kita pun dah dewasa.balik kampung pun sesekali mana nak jumpa rakan sendiri.

  2. syahrul said,

    salam,
    seperti yang dikatakan oleh budak pasoh tu, saya sendiri pun dah lama tak dengar khabar berita daripada teman2 lama. masing2 dah ada haluan dan keluarga sendiri jadi payahlah nak jumpa. seronok zaman sekolah?penuh dengan cinta monyet. hehehe
    saya nak berkenalan dengan budak pasoh boleh ker
    lagi satu pasoh tu nama tempat ker nama ape.

  3. budakpasoh said,

    buat syahrul pasoh tu nama tempat.tanah rancangan felda di negeri sembilan. memang seronok zaman persekolahan.penuh dengan memori indah.kena marah dengan cikgu,bergaduh dengan kawan lelaki,pernah saya kena halau dari kelas sebab tak buat keje rumah.paling best cinta monyet.kalau boleh masa tu diundur nak sangat kembali kezaman sekolah.

  4. syahrul said,

    buat budak pasoh, anda tentu seorang perempuan. boleh berkenalan..hehehehehehe

  5. ctabnoorsina said,

    nak berkenalanlah pulak… tapi tak pe… bagi peluang nie… macam mana budak pasoh?

  6. jin said,

    just nk xplain je…pasoh tu nama tempat dlm gugusan pasoh (ada 4)…klau x silap diambil sempena nama kawasan bukit-bukau dlm peta topografi bernama bukit pasung..

    • ctabnoorsina said,

      Yup.. tepat sungguh penerangan daripada anda.. err penah sampai pasoh atau sememangnya orang pasoh


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: