Den punyo blog


Gelagat syaitan dimajlis kenduri.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di November 1, 2008

Diceritakan oleh seseorang yang bernama Tok Dahaman. Untuk tatapan pembaca blog yang dikasihi. Semoga menjadi panduan dan iktibar.

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya, maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengahhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?. Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga dengan jari kaki. Walaubagaimana pun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah seorang daripada budak – budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya dimana rumah…? mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu  kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.  Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka telah runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan orang ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dengan memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yang memasak tidak membaca Bismillah…), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk…Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman dan isterinya itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan  bahkan di bahagian perempuan keadaan
lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibubapa mereka. Mereka melompat daripada satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sangat menggerunkan. Keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah s.w.t ketika hendak makan atau minum. Sebelum makan,sebut lah nama Allah s.w.t atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH…..WASSALAM.

Satu Respons to 'Gelagat syaitan dimajlis kenduri.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Gelagat syaitan dimajlis kenduri.'.

  1. syahrul said,

    salam,
    baguslah ko bro. banyak info ko punya blog nie. artikel macam ni sesuai sangat dibaca oleh mereka yang nak buat kenduri kendara tu. walaupun nampak cam biasa jer tapi isi kandungannya padat dan menarik. syabas.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: