Den punyo blog


Yabedabedu..

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di November 12, 2008

Musim cuti sekolah yang dinanti – nantikan dah pun tiba. Jumaat ini, negeri yang hari persekolahannya bermula pada hari ahad dah mula bercuti. Esoknya pula negeri yang mana hari persekolahannya bermula pada hari isnin akan ikut serta. Maka akan turut serta gembira dengan musim cuti sekolah yang panjang ini adalah ibu bapa. Kenapa? Bagi ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa, bolehlah tarik nafas lega untuk berehat barang sebulan setengah ni untuk tidak terkocoh – kocoh didapur menyiapkan sarapan pagi dan siapkan pakaian anak untuk kesekolah. Rileklah pulak! Bagi kaum bapa pula yang mana anak mereka kesekolah dengan sistem hantar dan ambil, ada jugak kelapangan untuk sebulan setengah ni. Tak perlu susah payah lagi nak mengharungi pagi yang membebankan ( mereka yang tinggal dibandar faham – faham sajalah)

Namun dalam pada kegembiraan ibubapa ada pulak kaum yang terjejas sedikit pendapatan untuk sebulan setengah ni. Siapa lagi kalau bukan pengusaha bas atau van sekolah samada yang buat secara sah atau haram. Maknanya untuk tempoh waktu ini, mereka kenalah cari sumber pendapatan cara lain pula. Maka pada bulan cuti ini akan adalah mereka – mereka yang berkenaan sudi untuk menyewa bas atau van pengusaha ini untuk tujuan rombongan menghantar pengantin ( salah satu contoh ).

Musim cuti ini juga, akan penuhlah jadual jemputan kenduri kahwin hatta khatan sekali pun untuk dipenuhi. Wajib tu saudari dan saudari untuk kita hadiri majlis yang mana kita telah diundang. Kenapa pulak wajib? Wajib untuk kita hadiri majlis yang sedemikian agar kita tahu bahawa sipolan bin sipolan tu dah kahwin. Jadinya nanti tak adalah pulak lepas tu puak yang lain gatal – gatal nak masuk meminang. Itu sekadar satu contoh saja. Lagi satu, agaknya kalau dalam sebulan kita dapat jemputan 10 kali, berapa belanja dapur yang boleh kita jimatkan? Jangan marah tau! Gurau je.

21hb ni saya dah pun ada satu jemputan yang wajib kena pergi. Mak bapak eton nak buat kenduri jugak. Dari awal bulan ini lagi dah diorang “sound” saya. Tapi dari awal lagi saya dah beritahu mereka yang saya mungkin tersibuk sikit, maklumlah jadi PR ni bukannya senang. Mana ada masa untuk bersenang – senangan. Kejap – kejap sianu telefon, lepas tu sipolan pulak yang telefon. Habis tu camner?

Untuk saya cuti sekolah atau tidak, sama saja nadanya. Tiada yang membezakan walau sekelumit kuman pun. Yang sibuk bercuti budak – budak sekolah aje. Turut sibuk pada musim cuti ni ayam, kambing dan lembu. Sibuk nak melarikan diri kalau boleh. Atuk dengan nenek pun dah tentu sibuk nak melayan rombongan cucu yang pulang bercuti. Gamaknya kalau ada 20 cucu yang balik sekali gus, meriah sungguh rumah atuk dan neneknya. Bertambahlah meriahnya kalau kena kejar ayam keliling rumah. Alahai, nostalgia lagi.

Akhir kalam, kepada mereka yang menduduki peperiksaan S.P.M dan  bakal mengambil S.T.P.M pada tahun ni semoga anda akan berjaya dengan keputusan yang gempak dan gemilang. Semoga usaha anda akan membuahkan hasil yang tidak terperi cantiknya untuk keluarga dan negara. Lepas habis periksa anda boleh cuti sakan, itu pun kalau tak terpanggil untuk khidmat negara.

Selamat bercuti dan semoga musim cuti ini akan dipenuhi dengan pengisian yang sangat berfaedah untuk kita semua.

Pesan Abang – Allahyarham Sudirman

2 Respons to 'Yabedabedu..'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Yabedabedu..'.

  1. syahrul said,

    salam,
    time cuti nie memang ler best. yang paling best tak payah pening2 kepala nak buat kerja sekolah sebagai seorang pelajar dan yang paling best bagi aku sebagai seorang bapak pulak, boleh bawak anak2 gi jalan2. masa ni jugaklah aku bolh tibai cuti aku yang bertimbun tu. masa ni jugak boss takde reason lagi tk mau approvedkan cuti aku. boss… jangan lupa aku mau cuti 2 minggu…

  2. budakpasoh said,

    ceta pasal exam,ingat lagi masa saya ambil spm dan stpm,bila last paper dah habis masa tu rasa merdeka sangat.dah tak sabar nak tinggalkan dewan peperiksaan dan yang paling penting cuti tengok buku.boleh tengok tv puas-puas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: