Den punyo blog


Tol punya cerita.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di November 19, 2008

Saya nak gelak dulu..kahhhhkahhh hehehaahahahahahaha. Geli sungguh nie umpama digeletek 99 hari. Nak tahu sebab apa? Sebenarnya saya malas nak campur dan ambil tahu sangat pasal ni sebab saya bukannya terlibat 100% apatahlagi 20%. Tapi saya terpaksa jugalah sibuk – sibukkan diri. Dah sememangnya kala ini saya tidak sibuk( best gak jadi tajuk filem ni ) jadi terpaksalah saya paksakan diri jadi penyibuk.

Tuan – tuan dan puan – puan tahu kenapa saya gelak besar tadi? Ada baca surat khabar hari ini? Kalau tiada, pandai – pandai andalah nak mencari kat mana  sebab perkara yang saya nak kongsi ini ada kena mengena dengan berita yang disiarkan. Gelak dulu…kakakakakakakahhhhharhahaha..

Berkenaan tol yang diberi diskaun 10% tu. Tak masuk akal betul buat promosi begitu. Adakah pengguna jalan raya ni banyak mengguna lebuhraya pada waktu malam ( melainkan musim perayaan kot ). Jadi memanglah kelakar bila plus umumkan bagi diskaun10% bermula 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi selama 2 tahun bermula 1 Januari 2009. Adakah tuan – tuan dan puan – puan berkerja dipejabat kerajaan mahupun sektor swasta pada waktu itu. Dan takkanlah pulak saya yang tinggal 50km daripada plaza tol terdekat nak gunakan highway tu pada waktu tengah malam. Jadi kesimpulannya, selain mereka ni pandai buat orang ketawa, mereka – mereka yang berkenaan itu jugak jenis yang siang tidur, malam pula berjaga. Lepas ni dah tentulah banyak NGO yang berpiket atau buat permohonan untuk tukar waktu kerja dari kebiasaanya pukul 8 pagi ke 8 malam. Kira oraitlah tu balik kerja 5 pagi, masih lagi boleh dapat diskaun. Maka Malaysia akan terkenal diseluruh dunia sebab waktu malamnya segar bugar dengan segala jenis aktiviti perkerjaan. Dashyat betullah orang – orang yang buat idea macam ni. Lepas ni kalau saya nak pergi jalan – jalan, terpaksa pulak guna lebuhraya, terpaksalah kena bergerak pada waktu tengah malam. Maka selepas itu akan sesaklah lebuhraya tersebut atau paling koman pun banyaklah pula kemalangan yang akan terjadi pada waktu tengahmalam.

Bagi saya yang cuma tinggal kat kampung dan kerja pun ala – ala kampung serta masa periksa dulu matematik cukup – cukup makan aje, langkah plus bagi diskaun tu tidak mendatangkan apa – apa keuntungan kepada pihak pengguna. Plus sendiri pun tak akan rugi apa – apa sebab peratusan pengguna yang gunakan lebuhraya pada waktu malam tidak seramai pada waktu siang. Setakat diskaun 10% tu nak beli pemetik api seketul pun belum tentu lepas.

Jadi dikesempatan ini saya mewakili para sahabat saya yang saban hari menggunakan tol yang bernama plus tu, turunkanlah harga tol tersebut walaupun sekadar 10 sen untuk satu kilometer tanpa mengira siang atau malam. Tak rugi apa pun sebab tanah yang digunakan untuk buat lebuhraya itu pun milik allah s.w.t . Hak milik kekal allah s.w.t , Allah pun tak pernah minta sewa pada plus. Jadi apa salahnya kita kongsi sama – sama nikmat yang telah diberikan itu. Begitulah juga halnya dengan benda – benda lain seperti air dan minyak. Semua tu tuhan dah himpunkan dimuka bumi ni, tugas manusia cari dan cari. Kemudian kongsi bersama. Kita sebagai pengguna kenalah bayar upah apa yang patut kepada pihak yang mengusahakan benda tu tapi tak sepatutnya mereka yang berkenaan ambil kesempatan dengan menaikkan harga atau apa – apa saja. Kalau tuhan tarik balik nikmat yang diberi tu camner. Contohnya air mineral, ada ke patut air botol kecil tu dijual dengan harga rm1.20. Sekali air lagi mahal lah daripada minyak. Hampeh tul.

4 Respons to 'Tol punya cerita.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Tol punya cerita.'.

  1. cik ina said,

    lawak lah pulak artikel nie…. tapi tak pe, penuh dengan sindiran yang tajam. elok sesangat dibuat renungan oleh mereka yang berkenaan. saya pun tak setuju plus buat begitu sebab setiap hari saya pergi kerja pada jam 6pg dan balik jam 5 ptg. jadi bila masa pulak nak merasa diskaun tu. Takkan nak mohon masuk kerja pukul 12tgh malam pulak. saya habiskan rm10 untuk tol sehari sebulan dah berapa? nasib baik minyak dah turun sikit. Harap2 turunkan lagi.

  2. syahrul said,

    saya memang tak setuju langsung ler plus buat gitu. Idea b**** sape nie. Kerajaan ker atau orang yang bergaji besar kat PLUS tu. Sila jawab…

  3. syahrul said,

    salam…. lagi cantik kalau kat entri ni en blog taruk lagu hang mohktar tu… tapi tak relevan lah pulak sebab mr samy tu dah tak jadi menteri…

  4. ctabnoorsina said,

    salam, buat sedara syahrul. nanti ler saya mintak orang kat plus tu jawab. jurutol pun takpelahkan, janji orang plus..hehehehe
    memang lagu hang mokhtar tu tak relevan lagi dah…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: