Den punyo blog


Tip kesihatan untuk anda…

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di November 21, 2008

Anda tak mau gemok atau terlalu buncit seperti saya ( dulu kala le ) . Nak kuruskan badan macam saya juga tanpa perlu bersusah payah ( sekarang ni). Dan juga anda ingin mengawal berat badan dan tahap kolestrol anda. Ini adalah cerita betul dan sebenar – benarnya terjadi. Senang saja. Mula – mula anda pergilah kedai yang menjual  buah – buahan. Benda yang nak dicari ni ada jual kat kedai buah aje. Selain tu dimana – mana pasaraya atau mini market yang berhampiran ditempat anda. Itu pun kalau tauke kedai tu sudi lah nak juah benda ni.

O.k langkah seterusnya jika kedai atau pasaraya tu memang ada jual pelbagai atau bermacam – macam jenis buah, silalah cari buah ini. Tak mau buah lain ya tuan – tuan dan puan – puan. Kang tak menjadi pulak cara ni. Sila cari buah epal yang berwarna hijau. Ingat buah epal warna hijau sahaja yang diperlukan( epal merah atau kaler lain saya tak pernah cuba lagi) Tak kisahlah apa jenama tapi yang penting HIJAU. Kalau dah dapat apa yang dicari, jangan lupa pulak bayar kat kaunter tu, kang tak pasal – pasal kena tahan kat security di depan tu. Siapa yang susah? Abang jugak. Dah tu terus balik rumah. Jangan lupa basuh bersih – bersih dulu buah epal tu. Ingat, berapa banyak tangan yang dah pegang buah tu.

Ok. Ni nak cerita sikit, kenapa pulak sibuk – sibuk je suruh cari buah epal kaler hijau. Mengikut kajian dengan memakan epal hijau sekurang – kurangnya 2 biji sehari akan membantu mengawal kolestrol dan juga mengurangkan berat badan. Tapi buah tu entahlah dimakan dengan kulit – kulit sekali dan dimakan sebelum makan tengahari atau malam. Kalau tak larat nak makan gitu – gitu ajer, rajin – rajinkanlah tangan tu untuk membuat jus epal. Tetiba je pulak tekak ni rasa dahaga. Kulit epal mengandungi serat yang tinggi dimana ia akan membantu mengawal kolestrol dan juga mengawal berat badan.

Macam saya sekarang ni. Dah ramai pulak yang menegur kenapa tiba – tiba kurus? Sakit ker? Tak cukup makan ke?  Macam – macam lagilah yang diorang tanya.  Berat badan saya dulu 70kg sekarang dah jadi 62kg. Ini semua gara – gara makan epal. Kolestrol dalam badan pun dah rendah. Jadi tak salah rasanya saya kongsi dengan anda semua, apa yang dah saya alami ini. Rupa – rupanya epal ni banyak khasiatnya. dan kini dalam peti sejuk rumah saya, selain ada ikan, daging, sayur – sayuran dan juga telur, akan ada juga terselit epal – epal hijau didalamnya. Malam tadi baru aje beli, sebungkus 10 biji kat pasaraya aktif. Tata…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: