Den punyo blog


Salam Aidiladha.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Disember 4, 2008

Assalammuailaikum dan salam sejahtera. Lama bebenor rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu diblog ini. Almaklumlah tugas – tugas seharian yang terlalu mendesak menyebabkan saya hampir kepupusan masa hatta untuk diri sendiri. Anak – anak pun dah bising bertanyakan bilalah agaknya nak bawa diorang jalan – jalan. Yang si bongsu siap cakap lagi abah ni asyik kerja, kerja, kerja. Siap cakap lagi supaya tak usah pergi kerja. Alahai! kalau abah tak kerja siapalah nak belikan nestum, milo adik dengan kakak. Biasalah, kadang – kadang hanya budak – budak saja yang mengerti betapa sibuknya lelaki yang bergelar bapa macam saya ni berkerja. Takpelah, bila ada masa dan kelapangan nanti kita pergi berkelah. Tak dapat pergi jalan jauh – jauh kita pergi ajelah tempat yang dekat aje. KFC ker atau PIzza huts.

Banyak peristiwa menarik yang terjadi seminggu dua ni. Dalam dan luar negara. Namun peristiwa itu tidaklah pula menghadirkan situasi gembira tetapi dalam suasana sedih dan pilu. Serangan pengganas yang menyebabkan  banyak mangsa yang tidak berdosa menjadi korban. Inilah hakikat dunia hari ini, nyawa manusia pada hari ini ibarat telur dihujung tanduk. Situasi yang boleh menyebabkan keadaan akan bertambah rumit dan bercelaru. Pihak yang disana menyalahkan yang disini. Habis siapa yang sepatutnya harus bertanggungjawab. Kita seharusnya bersyukur sekurang – kurangnya buat masa ini kita diMalaysia tidak mengalami nasib seperti yang dialami oleh mereka diluar negara sana. Harap – harap itu tidak akan terjadi pada kita di Malaysia. Tunjuk perasaan atau seumpamanya memang tak sesuai langsung untuk kita disini. Dinegara kita waktu dan ketika ini nada ceritanya agak berbeza sedikit. Kita tidak ada tunjuk perasaan atau serangan itu ini tetapi kita sekarang sedang menghadapi bencana alam. Banjir!. Agak memilukan bilamana ada nyawa yang terkorban akibat banjir. Jadi bagi mereka yang berkenaan silalah ikuti atau patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke masa demi untuk kebaikan bersama. Harap – harap selepas ini tidak akan kedengaran lagi berita ada nyawa menjadi korban banjir.

Kesibukan saya dalam melaksanakan kerja yang di amanahkan ( bukan bodek ) menyebabkan saya belum berkesempatan lagi untuk menyiapkan novel bersiri saya. Saya dah draf kat blog ni tapi tak boleh lagi nak dipublishkan sebab tak nak  para pembaca tergugat moodnya bila mana terpaksa menunggu dengan lama untuk membaca sambungan demi sambungan. Banyak perkara yang harus diselesaikan. Kerja lawat melawat ni bukan perkara senang. Kecorok alam pun saya kena pergi demi menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan, walaupun banyak halangan dan dugaan berlaku. Itu semua demi sesuap nasi. Saya akan cuba dengan sedaya upaya yang boleh untuk menyiapkan penulisan itu. Walaupun akan mengambil masa yang agak lama, demi minat akan saya usahakan sehingga berjaya.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat anda semua umat islam yang saya kasihi. Barangkali bagi kita yang tinggal disebelah sini kemeriahannya tidak dapat menandingi apa yang rakan – rakan kita nikmati dipantai timur sana. Tersohor ceritanya yang aidiladha atau raya haji atau raya korban dinegeri – negeri pantai timur lebih meriah terutama dikelantan dan Terengganu. Saya sekeluarga pun ala kadar aje pesiapannya. Tetapi jangan kita lupa sebenarnya aidiladha lagi tinggi darjatnya daripada aidilfitri. Peristiwa korban antara nabi ismail a.s dengan nabi ibrahim a.s telah tertulis didalam kalam allah s.w.t untuk kita hayati. Banyak lagi sebenarnya kejadian atau peristiwa yang menyebabkan aidiladha itu sebenarnya mempunyai kemuliaan yang tinggi tetapi biarlah anda semua memperolehi cerita atau fakta yang lebih tepat daripada mereka yang bertauliah. Kang bila saya cerita ada yang  tak betul, saya pulak yang susah.

Kalau anda nak merasai kemeriahan hari raya korban dengan mendengar lagu raya ( ingat raya haji tak ada lagu raya ke? ) sama – samalah dengar radio dinegeri masing – masing atau pun dengarlah Klasik Nasional. Tak ke syahdu bila dengar lagu Senandung raya buat mu dendangan Dayang Ku Intan bergema dicorong radio. Ini yang tak sabar – sabar nak balik kampung ni. Jadi secara tak langsung itu akan mengwujudkan suasana meriah untuk aidiladha yang semestinya punyai keberkatan yang tersendiri.

Kepada anda yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya, seperti biasa hati – hati semasa diperjalanan. Jangan pula waktu orang lain sibuk korbankan lembu atau unta, anda pula sibuk korbankan diri dijalan raya. Peringatan dan nasihat itu ditujukan juga untuk saya. Bagi anda yang mana saudara atau ahli keluarga anda ketika ini berada ditanah suci mekah menunaikan fardu haji sama – samalah kita mendoakan agar mereka selamat dalam mengerjakan ibadah haji. Moga – moga kita akan dapat bertemu dengan orang yang kita sayang.

Akhir kata, bagi mereka yang mendengar Negerifm jangan lupa 9hb ni, jam 0930 malam ada rancangan istimewa bersama kelantanfm akan keudara. Jadi kalau anda nak tujukan ucapan ke, duit raya ke atau apa – apa aje sila ikuti rancangan berkenaan disaluran raduo yang dinyatakan tadi. Selamat bercuti. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: