Den punyo blog


Rongeng 30 minit

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Mei 7, 2009

Salam sejahtera. Bertemu kita diarena yang tak seberapa ini. Masih lagi sibuk dengan tugasan seharian yang telah diamanahkan, biasalah nama pun pekerja jadi faham – faham sudahlah. Jadi banyak perkara atau maklumat yang sepatutnya kita boleh kongsi – kongsikan bersama dah berlalu pergi. Pergi bersama hembusan badai yang dah tentu arah tujunya sekarang ini.

Hari ni cuaca semakin bertambah panas dan kepanasan itu membawa ke malam. Maknanya waktu malam sekarang ini dah tak berapa nak sejuk. Pernahlah juga pada satu malam tu, saya tidur dengan membuka seluas – luasnya jendela supaya angin malam menghembus membelai saya yang dalam kepanasan waima kipas cap ayam yang dah bertahun digunakan itu telah saya ayun ke tahap paling maksimum. Hakikatnya malam itu jangankan kata angin sepoi – sepoi bahasa, angin yang sempoi gitu – gitu pun tiada. Bahkan pula dengan jendela yang terbuka luas menyebabkan saya diserang hendap pula oleh spesis pemangsa yang bahaya giler! jadi kesudahan malam itu parah juga lah berperang dengan nyamuk! Namum itu adalah ketentuan allah swt, menjadikan panas dan hujan yang tentunya ada hikmah disebalik kejadiannya itu.

Kesannya pada cuaca yang panas membara ini, orang yang tak pernah kita tengok jual air janda pulang dah mula berjinak – jinak dengan janda berkenaan. kesudahnya tak menang tangan dan kaki melayan pelanggan yang berebut – rebut mahukan janda pulang itu. Cubalah jual air janda pulang berkenaan waktu cuaca yang menggigit tulang sum-sum, alamatnya abang kita yang seorang itu akan melayan tangan dan kaki sendirilah sepanjang hari. Seperkara lagi, waktu – waktu beginilah yang amat mengembirakan cikgu – cikgu tak bertauliah mencari duit lebih mengajar ratusan anak murid yang tak jemu – jemu berdiri sepanjang waktu. Walaupun hasilnya hingga kehari ini belum dianggap lumayan seperti dahulu, namun sudah cukup untuk menghasilkan barang rm20 ke rm30 sehari. Acapkali bila tiba waktu berita ramailah dikalangan encik – encik cikgu ikut serta memantau pasaran harga yang adakalanya ditutup tinggi, kejapnya pula bercampur – campur dan kadang – kadang menjadi rendah. Akhirnya terpinga – pingalah mencari jawapan mana satu yang betul.

Itulah sebabnya sebagai manusia yang dikurniakan allah swt akal dan fikiran, bersyukurlah kerana setiap apa yang diberi ada kebaikannya. Namun kita jangan pula terlupa bila cuaca panas ini semakin melampau akan hadir pula pelbagai perkara yang tak diingini, ingat pesan rasul, janganlah leka dengan segala kenikmatan yang ada sehingga kita lupa pada musibah yang akan terjadi tanpa kita sedari. sesungguhnya kealpaan akan membawa kepada kekufuran. Jadi sama – samalah kita berjimat cermat menggunakan air yang ada. Jangan membazir! Guna air untuk keperluan yang mustahak sahaja tapi janganlah sampai tak mandi.

Cukup setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Seperkara lagi, ada beberapa buah lagu yang saya simpan kat savefile dah dihapuskan atas sebab – sebab hak cipta oleh pengendali file berkenaan. Jadi kalau anda rasa perlukan lagu itu atau lagu yang lain email jerlah kat saya dengan tanpa segan silunya. Letih lah kan, kalau dah simpan kat sinun, akhirnya dihapuskan jugak dengan alasan hak cipta. Apa nak buat, jadi buat donno jelah. Wassalam

3 Respons to 'Rongeng 30 minit'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Rongeng 30 minit'.

  1. syahrul said,

    hello bro
    lama update blog, sibuk ker.. apa pun nape lain benor plak gaya penulisan kali nie. apa pun… saya suka jugak..

  2. syahrul said,

    hello bro
    lama tak update blog, sibuk ker.. apa pun nape lain benor plak gaya penulisan kali nie. apa pun… saya suka jugak..

  3. syahrul said,

    forget something ler bro… buleh upload kat blog lagu rock lama tak…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: