Den punyo blog


Ingat sampai bila – bila

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Mei 26, 2009

Macam bunyi tagline radio pulak. Apo yang kito kono ingat tu? Banyak bondo yang kito kono ingat? Tapi janganlah sampai hilang ingatan pulak. Hilang ingatan lebih teruk daripada hilang awek. Hilang awek boleh diganti, kalau hilang ingatan…. bak kato orang ese..tak dapek den nolong eh doh…

Bercakap pasal radio ni tuan – tuan dan puan – puan, saya amat tertarik gila sebenarnya mengenai soal ranking atau pun kedudukan carta. Ingatkan lagu je yang ada carta tetapi stesen radio pun ada carta juga rupanya. Al kisah, kerabat yang membuat kaji selidik dan tinjauan atau apa – apa ajelah boleh dikategori antara manusia yang cukup hebat. Sebabnya! boleh buat kaji selidik terhadap lebih 4.5 juta pendengar. WOW! Itu satu hal, yang menambahkan kemusykilan saya ni kenapa yang mendengar radio tu lebih ramai pula angkanya daripada penduduk malaysia. Hilang akal ker! Saya tak nak campurlah urusan depa tu dalam soal merankingkan stesen radio tetapi biarlah dibuat dengan tulus dan bermaklumat. Maklumat biarlah betul, sebab itulah saya sangat bersetuju apa ada pada ranking. Ranking selalunya menidakan keupayaan stesen radio lain terutama milik kerajaan.( RTM lah tu )
Hasil kajian yang diumumkan minggu sudah bila mana Era dikatakan masih lagi stesen nombor 1 manakala sinar di nombor 2, persoalannya takkan Hotfm ditangga ke 3 kot sedang program AM Krewnya menjadi rancangan popular nombor 1 di Malaysia, begitu juga dengan program jam 8 malamnya menjadi rancangan nombor 1 pendengar berumur 35 tahun ke bawah. Betul ke? Dengan angka yang diberikan tidak masuk akal, setuju benarlah kalau saya katakan apa ada pada ranking. Sebabnya! tiada maklumat soheh lagi nyata bagaimana kajian atau tinjauan dibuat sehingga jumlah pendengar diperolehi. Itulah perkara yang saya suka – suka sangat nak tahu. Tu pasal ler maklumat kena betul.

Ada rakan beritahu saya, stesen radio RTM sebenarnya tak menarik, takde bomb dan lesu. Siapa kata lesu, radio RTM lesu sebab pengendalinya kurang idea. Siapa kata RTM tak hebat, Kalau RTM tak hebat sesungguhnya tiadalah wujudnya 32 stesen radio diseluruh negara. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan teman – teman di sebuah universiti tempatan menunjukkan radio rtm antara yang terbaik dan mempunyai kebolehan tersendiri. Berbanding dahulu kemudahan teknologi membolehkan radio rtm terus berada dilandasannya yang tersendiri.
Biasalah, nama pun radio kerajaan jadi peranannya mana boleh dibuang begitu sahaja. Sebenarnya kekurangan yang ada pada radio swasta telah ditanggung oleh radio rtm. jadi rtmlah sebenarnya menjadi hebat. Beberapa kelemahan ketara seharusnya diperbaiki dengan kadar segera. Beberapa rancangan yang gagal mencapai matlamat sasaran pendengar harus disingkirkan.

Bagi Rtm keperluan menggunakan KPI amatlah diwajibkan agar segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki. Kelemahan yang paling ketara yang akan menjatuhkan sesebuah stesen radio menjadi tidak diminati adalah disebabkan barisan juruhebah atau penyampainya sendiri.
Yang pertamanya ada diantara penyampai syok sendiri malah tidak mempedulikan sangat soal kepuasan pendengar waima pulak kalau dj berkenaan kaki tangan awam, soal kepuasan dan kehendak pendengar tolak ketepi yang penting cukup bulan dapat gaji. Betul!
Jadi dj sebenarnya paras rupa tak penting, paling penting bakat suara dan kebolehan semula jadi. Kalau ada suara tetapi tidak kebolehan pun tak jadi. Sesiapa yang dapat kerja jadi dj atau dalam bahasa skemanya penerbit rancangan rtm bertuahlah anda. Dahlah dapat kerja tetap, dah tu lain – lain hal tak payah nak fikir. Saya rasa dimasa akan rtm perlu ubah cara pengambilan para djnya. Tak payah bagi kerja tetap, bagi jer sebagai artis berjadual. Ada kerja ada gaji, kerja tak ok kurang gaji. kalau pendengar tak puas hati tamatkan kontrak. Nampak macam ganas dan tak berperi kemanusiaan tapi itulah hakikatnya. Memang ada antara dj di stesen negeri yang bukan berjawatan tetap dan ada diantara mereka yang sentiasa untuk tiptop. Jadi mereka inilah yang seharusnya disimpan oleh rtm. Maka itu terletaklah pada bos masing – masing.

Dinegerifm, walaupun dj – dj lama yang kian menjangkau usia malah ada diantara mereka yang bertugas sejak bermulanya era radio3 seremban lagi, tetapi mereka tetap popular dan berdedikasi dalam tugas sebab mereka tahu apa yang pendengar mahukan.Bak kata pepatah semakin tua semakin berisi, makin lama makin menjadi.. bertambah kaw macam kopi. Tua tua kelapa, makin tua makin banyak santannya. Jadi bagi para penyampai yang baru nak menghayun langkah atau tapak dalam bidang ini, curilah, rompaklah atau samunlah serta kaut dan kutiplah pengalaman atau pengajaran yang ada dikalangan mereka. Belajar daripada pengalaman orang lain akan menjadikan kita terus bertambah matang. Tapi baguslah ada diantara stesen radio negeri dah mula buat perubahan yang ketara dalam rancangan mereka. Nama rancangan pun dah ikut selera pendengar negeri masing – masing.

Road show atau karnival yang selalu diadakan tidak semestinya merakamkan jumlah pendengar yang betul. Yang datang tak semestinya menunjukkan mereka pendengar setia, Waima ditakdirkan karnival yang dibikin dihadiri ratusan ribu pengunjung.Mencari pendengar yang setia, yang mendengar radio dari pagi sampai tamat siaran bukan perkara mudah malah kebarangkaliannya amat rendah. Gunakanlah saluran komunikasi yang telah pun diperbaharui dengan berkesan. Pendapat atau pandangan pendengar amat penting. Setiap stesen ada mengwujudkan kelab sahabat mereka yang tersendiri. Nama pun pelbagai mengikut stesen negeri. Itulah medium yang paling berkesan antara radio dan pendengar. Bukan sekadar untuk melaksanakan aktiviti berkarnival sahaja. Antara sahabat yang paling aktif ialah sahabat KLFM. Meriahnya dengan pelbagai atur cara. perkongsian maklumat pun hebat.
Oklah, kesimpulan bagi anda yang bertugas diRTM, lupakan soal ranking. Anda tetap yang terbaik dikalangan terbaik. kalau nak bercerita pasal bab ni memang banyak tapi cukup – cukuplah dengan berpada pada. Lain kali kalau ada kesempatan kita sambung lagi.
Tak sempat nak buat link untuk stesen radio yang boleh didengar menerusi internet tapi faham – fahamlah macam mana nak cari.

Sebelum mengundurkan diri kepada yang meminta lagu saya sedang mengusahakan sesuatu ni jadi tak dapatlah saya nak buat dalam secepat yang mungkin. kalau email yang anda sertakan dalam komen anda betul dan tepat maka saya akan emailkan aje lagu yang anda mahu tu. Saya dalam proses nak berpindah ke tapak baru ni. Maaf dipinta jika ada yang terasa.
Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: