Den punyo blog


Dedikasi buat kawan – kawan ( Bahagian 1 )

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Jun 11, 2009

salam untuk anda semua, bersama – sama ini saya sertakan beberapa lagu yang menjadi pilihan kawan – kawan yang mengenali saya  atau pun tidak kenal langsung yang diminta menerusi surat elektronik. Walau siapa pun anda, andapun   tetap kawan – kawan saya.Hanya cik Anne Hanim je yang tidak menggunakan e-mail. Siapa dia? Jangan pula memandai bertanyakan soalan itu kepada saya. Nak kenal beliau, anda rajin – rajin le jenguk blog ni. Kalau anda sampaikan salam, saya akan sampaikan. kalau anda suruh meminang….. anda uruslah sendiri. Saya ikut je. Semoga terhibur.

The phantom of the opera – Night wish Buat cik Anne Hanim( unit gaji – Putrajaya, dah pergi tasik kenyir jangan lupa pulak  tasik kat putrajaya tu )

Guru cantik – A Ramlie Buat Cikgu Roslina ( SMK ……….. Johor, sori le pasal ldah terlewat sangat ucap happy birthday… saya belanja lagu nie  )

Dan sebenarnya – Yuna Buat Rozimah Rahsid ( Apa yg best sangat lagu ni?)

Bitara cinta – Jati Buat Amir Hamzah ( bila nak mai sini )

Pengertian cinta – Skala Buat Kamarulzaman B Mahmud ( bila minta lagu nie, harap – harap mengertilah apa yg ditulis oleh pencipta lirik lagu. Kahwin cepat le, dah lama tunggu nasi minyak ko ni)

Lemon Tree – Fools Garden Buat Norhafizah Bt Syukri ( i …. ceh, tak nak komen pasal lagu yang u nak ni sebab rumah i banyak buah limau tapi langsung takde pokok lemon.

Cerpen – Razzi rahman Buat Abang Bad… lagu Razzi Rahman dalam koleksi saya cuma ada 2 ketul jer. Salah satunya lagu ni, semoga terhibur.

Terusik nada indah – Hevea Lagu ni diterbitkan sekitar tahun 1991. Boleh tahan gak lagu ni, jadi kepada yang meminta lagu ni, selamat mendengar.

Dalam kehadiran kekasih ( instrumental ) – Putra Selain popular dengan lagu kain cinta putih, putra juga banyak lagu yang sedap menawan di dengar oleh telinga. Saya masukan lagu instrumental ni atas permintaan Khairul Azmi B Solikin. Lagu yang lain, dikeluar akan datang. Sori ye.

Rela – Tila Kenapa suka sangat dengan lagu ni cik suhaili? Ada apa apa rahsia tersembunyi ker.

 Untuk mereka yang akan menyambut hari lahir samada yang akan tiba atau yang dah terlepas tarikhnya, selamat hari lahir. Buat Puteri Ain Umairah yang akan sambut hari lahir yang ke 6 pada 15 june ni, abah, mama dan adik wa doakan kakak akan sentiasa ceria, gembira dan semoga terus dipanjangkan usia.

Itu sahaja antara lagu yang dapat saya sediakan. Kepada yang minta lagu tapi saya tak masukan kat blog ni, harap bersabar. Ini baru bahagian 1, akan menyusul bahagian 2, bahagian 3 dan seterusnya, cuma lambat atau cepat sahaja. Kalau terdapat broken link atau tak boleh nak download, beritahu saya dengan kadar yang segera. Kerjasama anda diucapkan terima kasih. Semoga terhibur. Wassalam

6 Respons to 'Dedikasi buat kawan – kawan ( Bahagian 1 )'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Dedikasi buat kawan – kawan ( Bahagian 1 )'.

  1. AnNe hANiM said,

    thanks 4 de song en.progressive…=)

    • ctabnoorsina said,

      @ Anne hanim… iron maiden pun ada lagu the phantom the opera tu..

  2. rozaimah said,

    salam,
    bro.. thank sebab sudi uploadkan lagu the phantom of the opera. best lagu tu.tak sangka pulak ada orang yang sama dan seminat dengan saya. kalau anne hanim tak mintak lagu tu, tentu saya pun tak dapat nak download. kemudian saya nak tanya ni dan juga buat permintaan lagu. harap dapat tunaikan. boleh tak upload lagu cinta sejati kumpulan putra, wajah seribu erti- alfa serta perlukah aku menanti-satria.
    pertanyaan saya pulak, nama bro nie progressive ker? aper ke lain sangat namanya tu, nak tergelak pulak saya bila baca komen anne hanim. puas saya belek2 blog bro tapi takde plak jumpa nama bro yg sebenarnya. apa pun teruskan menulis.
    wassalam

    • ctabnoorsina said,

      * Rozaimah….. amboi!!! panjangnya karangan… lagu yang diminta tu ada tapi kenalah tunggu sebab saya memang tersibuk sangat waktu ni. En progressive nama samaran jer…..

  3. azmi said,

    thank sebab upload lagu kumpulan putra, lagu lain tu bila agaknya abang nak uploadkan. saya tunggu.

  4. md yahya md salam said,

    salam,
    bro..aku nak buat buat permintaan ni.. ko tolong uploadkan kat blog ko 2 ketul lagu rock kapak.. aku nak sangat lagu dari kumpulan kejora bila kasih menyepi dan lipanbara kisah seribu rasa. ok bro.. kirim salam kat anne hanim tu.. nama dah gempak..anak mat salleh ker tu…. ok cau


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: