Den punyo blog


Cerita 1 malam.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Jun 16, 2009

Dalam sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Harun, sorang tu Salim dan sorang lagi Bahcik. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk hayun 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Harun pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan” .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruhlah Harun azan. Tanpa berlengah terus je Harun azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…”. Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Harun dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Harun. Kan dah padan muka sendiri.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi…

Masuk je kali ketiga, Salim panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.

Salim pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Salim ni pusing ke belakang dan berkata, “Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Salim. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Bachik jadi imam. Si Bachik pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Bachik niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Bachik ni… Tapi dgn bongkaknye si Bachik berkata,

“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana…

2 Respons to 'Cerita 1 malam.'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Cerita 1 malam.'.

  1. otai kampung.. said,

    salam cik ct…
    lawak citer tu tapi ada pengajaran tu…
    nak berkenalan dgn cik ct …leh ker

    • ctabnoorsina said,

      @otai …..
      salam….
      errr.. saya bukan cik… tapi en… sori ya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: