Den punyo blog


Salam Ramadhan al mubarak

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Ogos 19, 2009

Salam satu Malaysia.
apa khabar anda. Harap sihat sejahtera hendaknya disamping menjalani tugasan seharian. Dalam kesibukan kita mencari duit, janganlah kita lupa apa sebabnya allah s.w.t menguji kita dengan pelbagai penyakit dan musibah yang selama ini tak pernah kita duga.
Hari ini dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang maha hebat, masih ada lagi diantara kita yang tidak sedarkan betapa nikmat yang selama ini kita kecapi sedikit demi sedikit telah dilucutkan daripada hidup kita. Nikmat yang besar, kehidupan seharian kita acap kali disalah gunakan. Kita hidup penuh dengan dengki kianat, dendam mendendam tanpa takut akan azab dan kesengsaraan dari allah s.w.t
Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, apa kata kita lupakan terus sengketa malah bersama – sama kita berganding bahu untuk terus menyelusuri hidup yang bersimpang siur serta banyak pula onaknya.
Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kita berbaik sangka atau menjalinkan ukhwah seketika cuma namun lebih daripada itu, mengeratkan silaturrahim yang semakin terhimpit dek ruang hidup yang semakin membelenggu.
Insya allah, semua dugaan dan ujian yang sedang kita hadapi ini ada hikmat yang tersembunyi. Hanya allah s.w.t yang maha mengetahui. Kepada anda semua saya serta keluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak dan seterusnya selamat berpuasa.

Wassalam.

Satu Respons to 'Salam Ramadhan al mubarak'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Salam Ramadhan al mubarak'.


  1. assalamualaikum wr wb

    apa khabar tuan. semoga sehat wal-afiat senantiasa hendaknya. bagaimana ramadhan kali ini? ada bagus? puasa lancar? tarawih lancar? semoga semuanya lancar dan mulus jua adanya.

    jika ada kelapangan, singgah-singgahlah jua ke teratak maya sahaya.

    sampai bertemu nanti, wassalam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: