Den punyo blog


Kesibukan yang terlampau.

Posted in Uncategorized oleh ctabnoorsina di Oktober 10, 2009

Salam buat anda semua. semoga sihat hendaknya sambil menelan serdak kuih atau saki baki kuih raya yang masih tinggal. Kuih yang masa raya tempohari anda tak berapa nak suka, sekarang nie tengok ler habuknya pun anda cari. Hehehehehe… takpe teruskan aje. Tiada siapa nak marah atau nak larang melainkan orang rumah anda atau mak anda jika anda hanya pandai makan tetapi tidak pandai mengemas atau membersihkan segala habuk yang bertaburan diatas lantai mozek kesayangan orang rumah atau ibu anda.

Saya seperti biasa, dengan tahap kesibukan yang amat nyata lagi soheh ini menyebabkan saya terlupa yang saya ada blog yang harus dibesihkan atau pun dikemas kinikan. Lazimnya, saja buat – buat malas untuk mengup datekan blog nie, biarlah jadi rumah tinggal untung – untung ada hantu yang tolong jagakan. Tapi tak sampai pulak rasa dihati untuk menjadikan blog ini seperti rumah tinggal. Takpelah buat ala – ala rumah persinggahan saja. Sebulan sekali jenguk! itu pun dah memadai.

Kepada yang mohon lagu tu, harap bersabar nanti saya tolong uploadkan kat mana mana server yang sudi nak terima lagu tu. Terima kasih juga kepada yang sudi melawat blog ini walaupun tak ade satu benda menarik pun disini.

Disebabkan raya masih lagi ada dan ketika ini pun saya masih lagi menerima jemputan untuk menghadiri rumah terbuka, maka saya terpaksalah berhenti disini saja. Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: